in

“Ramai penyewa lain dah lari” – Wanita Jatuh Dari Tingkat 25 Kondominium Ketika Rakam Video Menari

Ft Menarijatuh

Baru-baru ini, satu video menunjukkan seorang wanita ‘tergantung’ di balkoni unit sebuah kondominium mendapat perhatian ramai warganet. Menurut laporan, wanita itu sebenarnya sedang merakamkan dirinya menari dan beberapa video yang turut dirakam oleh penghuni yang lain viral di media sosial tempatan sejak 6 Mei lepas.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Sanya, Pulau Hainan di China dan lebih mengejutkan, wanita tersebut telah terjatuh dari balkoni rumahnya itu di tingkat 25. Kejadian tersebut telah terakam melalui video dari orang awam  yang tinggal di blok kondominium berhadapan dengannya.

Jatuh

Menerusi sebuah video lain, seorang lelaki dikatakan telah cuba menghalang wanita tersebut daripada berbuat sedemikian kerana bahaya namun dia membalas,

Tak mengapa, saya sedang merakamkan video.”

Pihak polis dilaporkan menerima panggilan pada 12.52 tengah hari, 6 Mei lalu dan menurut kenyataan, nota bunuh diri telah dijumpai di bilik wanita terbabit. Kes itu kini masih dalam siasatan namun menjadi bualan ramai apatah lagi kerana wanita berkenaan dilihat memakai baju dan kasut berwarna merah ketika kejadian.

Jatuh3

Ini kerana mengikut kepercayaan nenek moyang mereka, sesiapa yang mati ketika berpakaian serba merah akan menjadi roh hantu yang sangat jahat. Sementara itu menurut laporan sebuah portal tempatan, ramai penyewa telah meninggalkan kondominium selepas membaca berita tentang kes tersebut.

Selain itu, ramai yang tertanya-tanya dan berasa pelik dengan kejadian berkenaan kerana wanita itu pada asalnya hanya mahu menari namun selepas pemeriksaan polis, ada pula nota bunuh diri dijumpai.

Tonton video viral itu di sini.

Baca: “Tenanglah wahai anak syurga”- Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia, Jatuh Dari Tingkat 3 PPR

Fi Baby 1