in

“Tenanglah wahai anak syurga”- Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia, Jatuh Dari Tingkat 3 PPR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang memang tidak berbau, kadang-kadang kita tak sangka orang yang baru saja kita jumpa akan pergi buat selamanya.


Semestinya perasaan sedih akan timbul lagi-lagi jika mangsa itu adalah ahli keluarga atau seorang yang rapat dengan kita.

 

Jatuh dari tingkat 3

Baru-baru ini tular di media sosial, tragedi menyayat hati dimana bayi berumur 11 bulan maut terjatuh dari tingkap rumahnya yang berada di tingkat 3.

Kejadian malang itu dilaporkan berlaku di rumah keluarganya yang terletak di Blok D, PPR Sri Aman Kuala Lumpur.

Menurut siasatan polis, bayi tersebut dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak, dan sepupunya di atas katil bersebelahan tingkap tersebut. Difahamkan juga tingkap tersebut tiada jeriji selain katil tersebut diletakkan tanpa sebarang halangan.

“Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap kira-kira jam 3 petang.

“Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan,” – Ketua Polis Daerah Sentul

 

“Kakak redho pemergian awak”

Turut terkesan dengan pemergian kanak-kanak itu ialah pengasuhnya yang dikenali sebagai Arry Ariffin.

Wanita tersebut meluahkan rasa sedihnya terhadap kejadian itu, serta menyifatkan bayi itu sangat mudah dijaga dan tidak banyak ragam sepanjang di bawah jagaannya.

Alhamdulillah selesai majlis pengebumian baby aira , syukur diberi peluang untuk tatap wajah dan kucup dahi awk untuk…

Posted by Aryy Ariffin on Monday, May 3, 2021

 

“Gelak ketawa adik jadi kenangan terindah buat kami”

Hati ayah mana yang tak hancur, apabila Mohd Hazlan yang juga ayah kepada bayi tersebut turut menyatakan rindunya kepada anaknya itu melalui akaun Facebooknya.

Dia menyifatkan, walaupun hanya dipinjamkan selama 11 bulan, namun ia merupakan kenangan terindah untuk mereka sekeluarga.

Sayu hati min tulis tentang kisah ni, tenanglah di sana adik.

Sumber : Berita Harian. Facebook – Mohd Hazlan, Aryy Ariffin

 

Baca : ‘Berehatlah si kecil’ – Bayi 5 Bulan Maut Dilanggar Van, Angkara Ibu Terlupa ‘Brake’ Stroller

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.