in

“Setiap kali jumpa dia hidangkan air” – Pelajar Kongsi Detik Hitam Terkena Sihir Pengasih Pensyarah

Ft Pensyarah Santau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dilabel sebagai pelajar yang berprestasi kurang memuaskan dalam kalangan pelajar lain, seorang wanita lepasan IPTA di Selangor ini mengimbau kisah dirinya menjadi ‘sasaran’ kepada seorang pensyarahnya ketika semester pertama.

Difahamkan pensyarah tersebut masih muda, umurnya diawal 30-an, bujang dan tidak berkahwin. Jelasnya pada permulaan, pensyarah tersebut nampak begitu baik sahaja namun tidak sangka sebenarnya ada maksud yang tersirat.


Artikel berkaitan : “Sihir still exist” – Wanita Rasa Panas Lepas Balik Kerja & Pergi Berubat, Bila Check CCTV Rupanya…

Artikel berkaitan : Orang Dengki ‘Order’ Nasi Lemak Banyak Masuk, Ibu Meninggal Dunia Sebab Kena Sihir

Biarpun dia mula menyedari ada sesuatu yang pelik pada pensyarahnya ini, dia cuba abaikan atas dasar urusan hal pelajaran, cuma apabila ada tugasan yang perlu disiapkan secara berkumpulan, pensyarah itu mahu berjumpa dengan wanita ini seorang.

Gadis itu juga memberitahu, bilik pensyarah itu dipenuhi dengan lukisan pelik seperti gambar kepala kambing dan banyak lagi yang menyeramkan.

“Tak tahu pula hobi dia ke apa. Jadi masa saya jumpa dia tu, dia suruh saya duduk dan kami berdua je masa tu.”

Katanya lagi, pensyarah itu akan bancuhkan air teh dan dia hanya ikutkan sahaja sebelum sesi perbincangan dan sesi pembelajaran bermula.

Ketika melakukan sesi perbincangan dan pembelajaran, wanita itu juga ada minum air bancuhan pensyarah tersebut dan segala sesi berjalan dengan lancar. Namun usai sesi itu, pensyarah tersebut ada bertanyakan soalan peribadi.

Pexels Julia Sakelli 905485 1

“Dia tanya saya dah ada boyfriend ke dekat universiti ni? Dia tanya macam-macam lah. I pun ceritalah yang I tak ada boyfriend sebab masuk at that time. Dia pun gelak sinis dan jawab nanti adalah tu.”

Dengan riak wajah yang nampak baik dan berimej seorang pensyarah, pastinya wanita ini tak syak apa-apa. Namun, seminggu selepas mereka asyik berjumpa, wanita ini jadi seronok sampaikan waktu hujung minggu mahu berjumpa dengan pensyarahnya itu.

Tahap angau dengan pensyarah itu sampaikan kawan ajak keluar pun dia tak layan sebab nak jumpa dengan pensyarah itu. Dipendekkan cerita, mereka semakin rapat sampaikan gadis itu jadi pelajar kesayangan dan raih A+ untuk mata pelajaran tersebut.

Pensyarah Santau

Lebih teruk lagi, wanita ini dah serahkan ‘segalanya’ atas dasar cinta. Tanpa dia sedar keadaannya menjadi semakin teruk, muka berjerawat, badan semakin kurus kering dan selalu bermimpi aneh serta mengalami ‘gangguan’.

Pensyarah Santau 2

Pensyarah Santau 3

Namun hubungan gadis itu dengan pensyarahnya berakhir selepas gadis ini mulai sedar bahawa dia telah dipergunakan.

Mujurlah pensyarahnya itu tidak buat lebih-lebih, malah selepas dimarahi wanita itu, pensyarahnya hanya tersenyum sinis dan tidak mengganggunya lagi mungkin kerana tidak mahu kerjayanya terjejas.

Jangan ingat orang ‘kerja tinggi’ ni pemikiran dia tinggi, kadang-kadang orang yang kerja-kerja ‘berada’ macam ni lah lagi singkat pemikiran dia.

Sumber : X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.