in

Ramai Bengang Gardenia Ambil Rohingya Bekerja, Ini Penjelasan Syarikat Itu

Untitled Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, sentimen anti-Rohingya sememangnya semakin panas di Malaysia. Ramai yang marah, kerana etnik ini sesuka hati masuk menerusi perairan kita dan bekerja di merata-rata tempat — sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat tempatan sendiri.


Ia kemudian dipanaskan lagi dengan isu beberapa tuntutan yang dibuat pertubuhan dari etnik ini, membuatkan kita tertanya — apa istimewanya mereka ini, sehingga berani untuk meminta-minta.

Belum pun reda marah kita terhadap kumpulan pelarian ini, timbul pula satu lagi isu baru membabitkan sebuah syarikat pengeluar roti Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Tapi apa pula kaitan syarikat roti ini dengan Rohingya? Gardenia dikatakan melaksanakan Projek Perintis Kebenaran Bekerja, dengan mengambil etnik ini bekerja di kilang mereka.

Perkara inilah yang mengundang kemarahan segelintir rakyat Malaysia. Di media sosial, ia diperkatakan secara meluas — sampaikan ada yang mengancam untuk memboikot jenama itu sehinggalah kesemua pekerjanya dipastikan seratus peratus anak tempatan.

Www

Qqq

Bagaimanapun dalam laman Facebooknya semalam, Gardenia tampil memberi penjelasan untuk menjernihkan keadaan.

Kepada Pengguna yang dihormati,Berikut adalah penjelasan daripada Gardenia mengenai Projek Perintis Kebenaran Bekerja…

Posted by Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [Official] on Jumaat, 17 Julai 2020

 

Dan untuk pengetahuan semua, Projek Perintis Kebenaran Bekerja ini telah pun mula dilaksanakan sejak 2017 lagi.

Mengikut laporan Berita Harian, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu berkata — golongan pendatang ini akan ditempatkan di sektor perladangan dan pengilangan untuk memberi kemahiran kepada mereka, sebelum ditempatkan di negara ketiga.

Jadi sebenarnya ia bukanlah inisiatif daripada syarikat Gardenia semata-mata, melainkan kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) pada ketika itu.

Apa pun, dalam kenyataannya Gardenia menegaskan bahawa keutamaan pekerjaan tetap diberikan kepada rakyat Malaysia.

 

Baca: “Makin melampau!” – Pelarian Rohingya Dah Jadi Nelayan Di Malaysia, Siap Nak Tubuh Persatuan Nelayan Sendiri

Capture 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.