Siapa je yang tak kenal dengan sang maestro, sifu, dan lagenda industri muzik kita, Dato’ M. Nasir? Selepas kejayaan luar biasa siri konsert CIPTA 1 hingga 3, kali ini Icon Entertainment kembali membawakan berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat tegar beliau.
Pelengkap Trilogi Yang Epik
Pada 4 Julai 2026 ini, siri konsert yang telah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tempatan akan diteruskan menerusi DATO’ M. NASIR CIPTA 4. Bertempat di Unifi Arena, Kuala Lumpur, konsert kali ini bukan sekadar persembahan biasa, tapi merupakan pelengkap kepada perjalanan seni “Cipta” yang bermula sejak 2024.
Artikel berkaitan: Tahniah! Datuk M Nasir Kini Bergelar Doktor, Datuk Nash Juga Turut Raih Pengiktirafan di UPSI!
Artikel berkaitan: “I pergi enjoy concert je” – Ramai Teruja Lihat Lelaki Cina Nyanyi ‘All Out’ Ketika Konsert Ella
Menurut penganjur tersohor, Iman Tang, jenama CIPTA ini memang sudah dirancang untuk mempunyai kesinambungan yang kuat. Kata beliau, dengan ratusan karya hebat yang pernah dihasilkan M. Nasir, satu atau dua konsert memang tak akan cukup untuk meraikan kehebatan lagu-lagu beliau!

“Cipta 4 akan memberi dimensi dan nikmat tersendiri. Maka simpan duit dan hadir kerana anda tidak akan menikmati momen yang diciptakan seperti ini dalam satu tempoh yang cukup panjang nanti,” ujarnya.
Tema Batik & Harga Tiket
Sama seperti siri-siri sebelum ini, peminat yang hadir “diwajibkan” untuk tampil segak dan ayu dengan busana bertemakan Batik. Barulah ada vibes klasik dan melayu sejati sambil melayan lagu Mentera Semerah Padi, kan?
Bagi yang dah tak sabar nak secure tempat duduk, tiket akan mula dijual pada 24 April 2026 (Jumaat) bermula jam 11 pagi. Menariknya, semua kategori adalah tempat duduk (seated), jadi korang boleh layan konsert dengan selesa!
Info Tiket & Harga:
- RM238 (Mentera Semerah Padi)
- RM338 (Sekuntum Bunga Di Gurun Sahara)
- RM458 (Andainya Aku Pergi Dulu)
- RM488 (Mahligai Syahdu)
- RM528 (Sentuhan Kecundang)
- RM588 (Cinta Kristal)
Ringkasan Acara:
Artis: Dato’ Dr. Haji M. Nasir
Tarikh: 4 Julai 2026 (8:30 Malam)
Lokasi: Unifi Arena, Kuala Lumpur
Tiket: Boleh dibeli di www.ticket2u.com.my
Dress Code: Batik Injection
Set alarm korang siap-siap untuk 24 April nanti. Jangan sampai menangis di tepi bucu katil kalau tiket habis sold out! Kita jumpa di sana untuk cipta sejarah masa depan!
Sumber: ICON Entertainment
