“Raja Permaisuri Agong please comeback!” – Netizen Risau Lihat Tunku Azizah Sugul Semasa Majlis Istiadat Pagi Tadi

Rasanya ramai dah tahu kan yang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah deactivate akaun Twitternya gara-gara telah dibuli siber oleh beberapa netizen yang tidak bertanggungjawab.

Susulan daripada insiden itu, ramai di kalangan netizen bersedih dengan apa yang berlaku dan mereka juga perasan bahawa Raja Permaisuri Agong sendiri kelihatan sugul ketika majlis istiadat bersama Yang di-Pertuan Agong pagi ini.
“Tak ceria macam selalu….”
Menerusi satu posting yang viral di Twitter, netizen ini sempat berkongsi gambar Tunku Azizah dari Siaran Langsung TV1 sempena Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.
Patah hati admin melihat wajah tuanku yang kelihatan agak sugul dan tak ceria macam selalu. Tunku Azizah hanya nampak menunduk dan tak tersenyum macam biasa. Alahai…
Tak ceria macam selalu… 😕
Raja Permaisuri Agong pagi ini di Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2019. pic.twitter.com/9bpy4KQwqm
— abangjambang (@abgjambangg) September 12, 2019
“No no no no! Please smile our dearest RPA… We love you!”
Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut rasa sedih dan mahu Raja Permaisuri Agong kembali ceria macam dulu. Malah ada yang siapa bertanya, seronok ke dapat buat Tunku Azizah sedih macam tu? Haish korang ni… geram betul min tau!

Netizen cuba pujuk Raja Permaisuri Agong dengan hashtag #AmpunTuanku
Demi memujuk dan cuba mengembalikan Raja Permaisuri Agong ke Twitter semula, netizen telah melancarkan kempen hashtag #AmpunTuanku.
Ramai di kalangan netizen telah memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada Tunku Azizah menggunakan hashtag tersebut. Berikut antaranya:
Bring back this positive vibe to twitter #Ampuntuanku https://t.co/lZwfGA8DRP
— Kak Jah Sungai Dua and friends (@XXXbyefelicia) September 12, 2019
HOW CAN YALLS THROW HATE TO THIS WONDERFUL, ADORABLE, AND HUMBLE WOMAN? Our Permaisuri Agong didn’t deserve the hates. Yalls should know adab in using social media. #AmpunTuanku pic.twitter.com/TRyOuU8Pgk
— aten ᱬ (@fatindaeyo) September 12, 2019
https://twitter.com/jaebomforehead/status/1171971857236365312
Wth.
Those of you who made our Raja Permaisuri Agung deactivate – congratulations on being the most hated people in Malaysia.
Her tweets brought so much joy and engagement between the palace and the rakyat. More than you losers could ever contribute to the country.#AmpunTuanku— Elisa Taufik (@elisataufik) September 12, 2019
Semoga tuanku kembali ceria seperti dulu. Patik dan netizen lain akan menanti tweet-tweet lucu dari tuanku di Twitter nanti ya! Love you #PermaisuriKita!




