Raja paling kontroversi, Raja Mswati III dari Swaziland kini buat hal lagi lepas tak lama dulu dikritik kerana menunjukkan jari lucah kepada rakyat yang sedang bergelut dalam kemiskinan.
Kali ini, Raja berusia 52 tahun ini dikecam selepas membelanjakan hampir USD17 juta (RM70 juta) untuk membeli ratusan kereta mewah.
Menurut Sinar Harian, seorang saksi melihat raja tersebut mengimport 19 buat Rolls Royce dan 120 BMW daripada Afrika Selatan untuk dihadiahkan kepada 15 isteri dan ahli keluarganya yang lain. Amboi belanja sakan noh!
Bukan je rakyat yang mengecam tindakan tamak raja ini, ahli politik pembangkang di negara itu juga turut mengkritik Mswati sebagai seorang yang sombong dan riak.
Mswati tak tahu malu, dia suka menunjuk tanpa mempedulikan perasaan rakyatnya yang miskin di Swaziland.”
Kalau korang nak tahu, Mswati menduduki takhta pada usia 48 tahun dan ditabalkan ketika berusia 18 tahun pada 1986.
Raja Mswati ini memang terkenal dengan amalan poligaminya dan kini dia mempunyai 15 isteri dan 23 orang anak. Dua dari 15 isterinya itu dipilih oleh kerajaan.