in

Raja Ilya Dikritik Netizen Kerana Sanggup Lakukan Pembedahan Plastik Demi Watak Filem Marvel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Februari 2017, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan berita sensasi tentang pelakon Raja Ilya yang telah diterima untuk berlakon dalam sebuah filem adiwira terbitan Marvel. Berita ini amat mengejutkan kerana Marvel adalah nama besar dalam penerbitan nashkah adiwira. Iron Man, Spider Man, Hulk, Black Widow, dan Thor adalah antara adiwira Marvel yang digemari ramai.


Sumber: Instagram

Watak dan filem yang bakal dilakonkan oleh Raja Ilya masih dirahsiakan sehingga kini. Sungguhpun begitu, Raja Ilya perlu membuat persediaan rapi bagi memastikan dirinya bersedia untuk menghadapi Hollywood.

Menurut Berita Harian, persediaan pertama yang dilakukan oleh Raja Ilya adalah menjalani latihan intensif seni mempertahankan diri di Indonesia bersama Yayan Ruhian selama 6 bulan. Selepas itu, dia perlu menjalani latihan stamina sama ada di Los Angeles, Atlanta, New York atau London.

Sumber: Instagram

Namun, Raja Ilya sekali lagi menggemparkan seluruh negara apabila dia akui bakal menjalani pembedahan plastik demi melakonkan watak terbabit.

“Syarikat perfileman antarabangsa agak was-was untuk menerima pelakon dari Asia, terutama bakat beragama Islam. Begitupun demi karier dan peluang keemasan ini, saya sanggup mengambil risiko.”

Sumber: Instagram

Menurut Raja Ilya, dia bersedia untuk menjalani pembedahan plastik bagi memperkemaskan bentuk tubuhnya tanpa perlu ke gimnasium.

Kenyataannya itu telah mendapat kritikan hebat daripada netizen dan antara kritikan yang dilontarkan adalah tentang rutin senaman dan permakanan ketat yang dilakukan oleh aktor Hollywood lain untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai dengan watak yang dilakonkan.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Menurut Raja Ilya juga, meskipun tiada babak bogel dilakonkan namun ada babak yang masih memerlukannya berpakaian seksi dan dia menganggap perkara itu adalah satu pengorbanan sebagai seorang pelakon. Whuuuuttt?

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Namun begitu,  ada juga netizen yang merasakan bahawa Raja Ilya sudah cukup cantik dah tidak memerlukan pembedahan plastik untuk kelihatan sempurna.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Mereka sukakan warna kulit saya dan mahu saya mengekalkannya seperti sedia kala. Walaupun tiada paksaan, saya berasa perlu untuk melakukan sedikit perubahan pada diri supaya dilihat setanding artis antarabangsa.”

Moga moga watak yang akan dilakonkan Ilya adalah salah satu watak penting dalam filem. Kalau hanya watak kecil, nanti kena kecam lagi sekali pulak kan.

Baca: “Biasalah, orang cantik selalu kena kecam…” – Respon Sajat Apabila Gambar Mengandung Dikecam Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.