Rai Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Sentuhan Moden Dari Gordon Ramsay

Tambah ke Sumber Pilihan
Rai Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Sentuhan Moden Dari Gordon Ramsay

Sambut Tahun Ular dengan perayaan moden dengan citarasa istimewa di Gordon Ramsay Bar & Grill serta Gordon Ramsay Street Pizza. Kedua-dua lokasi ini menawarkan interpretasi moden terhadap tradisi Tahun Baru Cina, sesuai untuk korang yang mahukan pengalaman luar biasa musim perayaan ini.

Menu CNY yang disediakan ini sesuai dengan cita rasa moden. Hidangan inovatif ini direka dengan menampilkan interpretasi baru hidangan klasik meja bulat yang menawarkan pengalaman makan yang bercita rasa tinggi.


Dengan suasana restoran yang megah dan elegan, sambutan ini merupakan pilihan ideal untuk  mengeratkan hubungan lama dan baru, bermula dari 17 Januari hingga 12 Februari 2025.

Walaupun menu yang dihidangkan berbeza dari hidangan tradisional Tahun Baru Cina, ia tetap mengekalkan ciri-ciri luar biasa yang sinonim dengan legasi fine dining Gordon Ramsay. Direka untuk perkongsian, setiap hidangan dilengkapi dengan Yee Sang istimewa serta tiga pilihan hidangan sampingan.

鱼生.Jpg

Raikan bersama orang tersayang sambil menikmati hidangan istimewa seperti daging yang lembut dan cair di mulut, disempurnakan dengan bordelaise jus, kentang panggang dan hiasan watercress, Wagyu Ribeye on the Bone (MYR980.00+).

牛.Jpg

Nikmati juga Slow-Roasted Lamb Leg (MYR680.00+) yang dipadankan dengan kacang hijau halus, salsa verde yang menyegarkan, dan rosemary jus yang wangi. Truffle Roasted Chicken (MYR580.00+) pula akan dihidangkan bersama ubi keledek, bawang putih confit yang wangi, foie gras yang mewah dan hirisan truffle hitam, disempurnakan dengan jus gras yang lazat.

羊.Jpg 鸡肉

Bagi peminat makanan laut, Steamed Turbot on the Bone (MYR1,188.00+) memang pilihan yang tepat. Ikan ini dipadankan dengan sos américaine, bayam lembut, daun tiram dan sentuhan lemon yang menyegarkan. Untuk melengkapkan jamuan, korang juga boleh memilih tiga hidangan sampingan, memastikan pengalaman makan yang serba lengkap dan memuaskan.

鱼

Setiap hidangan disarankan untuk dikongsi antara 3-4 orang. Tempahan awal diperlukan.

Gordon Ramsay Street Pizza

Sama memikat dan menarik perhatian ialah rasa tempatan yang diperkenalkan di Gordon Ramsay Street Pizza’s Street Feast sempena Tahun Baru Cina ini. Membawa inspirasi rasa Malaysia, tempat mesra keluarga ini adalah destinasi sempurna untuk sambutan santai yang penuh dengan suasana perayaan.

Menjadi tumpuan musim ini ialah rasa telur masin yang digubah semula dalam dua ciptaan yang tidak dapat dilupakan. Pertama, nikmati Salted Egg Wings, di mana kepak ayam rangup dilapisi dengan sos telur masin yang lembut, ditambah dengan cili merah, daun bawang, dan daun kari rangup untuk gabungan rasa dan tekstur yang harmoni.

Dsc 9498 Edit

Selain itu, Crispy Chicken Salted Egg Pizza pula menampilkan doh pizza sourdough yang dilapisi dengan sos telur masin, ditambah dengan ayam rangup, tomato ceri, cili merah, daun bawang, dan daun kari rangup, satu sentuhan inovatif yang pasti memikat selera.

Dsc 9508

Ledakan rasa dan keseronokan yang dijamin menanti korang dan orang tersayang di Gordon Ramsay Street Pizza sempena Tahun Baru Cina ini.

Untuk tempahan di Gordon Ramsay Bar & Grill, sila klik di sini atau e-mel ke gordonramsay.rsvp@sunwayhotels.com / hubungi 03-7492 8000.

Untuk tempahan di Gordon Ramsay Street Pizza, WhatsApp +6019-6850577 atau e-mel ke gr.streetpizza@sunwayhotels.com.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.sunwayhotels.com/sunway-resort, serta ikuti Facebook dan Instagram @GordonRamsayBarAndGrillKL dan @SunwayResortKualaLumpur.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Lobak Merah
Lagi tulisan Lobak
Lobak Merah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu viral setiap hari.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Rai Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Sentuhan Moden Dari Gordon Ramsay
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rai-sambutan-tahun-baru-cina-dengan-sentuhan-moden-dari-gordon-ramsay/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM