in

Punkah: Sejarah Kipas Bangsawan Yang Digerakkan Oleh Hamba Untuk Sejukkan ‘Master’

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang tengah musim panas ni, korang mesti selalu buka aircond kan? Tapi korang tahu tak, zaman penjajahan British di India dulu, dorang gunakan kipas dipanggil “Punkah” yang menggunakan tenaga manusia untuk digerakkan. Ha macam mana tu?


Apabila British tiba di India, mereka perlu membiasakan diri mereka dengan banyak perkara-perkara asing seperti perubahan iklim, nyamuk, makanan pedas dan bahasa di sana. Tapi apa yang dorang susah sangat nak biasakan diri adalah rasa panas.

Punkah: Kipas bangsawan

Punkah Wallah 1

Musim panas di India bermula dari bulan April sehingga Oktober. Di utara dan barat India pula, musim panas tiba lebih awal. Biasanya April dan Mei merupakan bulan paling panas sebelum musim tengkujuh akan membantu menurunkan suhu.

Sebelum ketibaan elektrik, biasanya orang akan memilih untuk tidur di bawah pokok di luar rumah yang lebih sejuk atau di beranda sambil guna kipas tangan. Bagi yang berkemampuan pula, dorang akan gunakan punkah atau kipas siling yang digerakkan oleh tali panjang bagi menghasilkan udara sejuk.

Biasanya punkah ini berbentuk segi empat tepat yang bingkainya diperbuat dari rotan atau kayu rata dan ditutup dengan kain. Ia akan digantung di siling dan ditarik dengan tali oleh pekerja atau hamba yang dipanggil punkah-wallah. Pergerakan ke depan dan kebelakang punkah ini akan menghasilkan angin lembut yang boleh membuatkan ekspatriat British dan India bangsawan untuk bekerja dan tidur dalam keadaan selesa.

Kalau korang nak tahu, pungkah ini merupakan satu bentuk kemewahan yang hanya akan ditemui di rumah mewah, banglo kerajaan dan pejabat-pejabat. Seorang residen British pernah berkata:

Akan ada punkah atas katil, satu lagi atas tab mandi, satu di tempat bersiap, satu di atas meja makan, satu di atas meja kerja. Orang gaji akan memanggil punkah-wallah dan menyuruh dia untuk bergerak dari satu tali ke tali yang lain bila bergerak dari satu bilik ke satu bilik. 

Punkah akan bergerak sepanjang hari dan sepanjang malam dan untuk ini, perlu ada dua hamba untuk mengganti satu sama lain. Bila masuk tidur, akan dikipaskan sehingga tidur.”

Tugas punkah-wallah

Punkah Wallah 4

Punkah-wallah akan duduk di satu sudut bilik dan menarik tali bagi menggerakkan kipas tersebut. Disebabkan punkah ini sentiasa berada berhampiran “tuan” mereka, ramai bangsawan yang lebih memilih pungkah-wallah yang pekak supaya perbincangan peribadi atau rahsia boleh dibincangkan tanpa didengari.

Kadang-kadang, kain akan digunakan sebagai dinding dan tali akan dimasukkan ke dalam lubang kecil di kain atau dinding supaya punkah-wallah boleh duduk di sebalik dinding, di luar bilik atau di luar rumah.

Bekerja sebagai punkah-wallah ini bukanlah susah tapi sangat membosankan. Biasanya, penghayun punkah ini akan diambil dari kumpulan orang yang paling miskin dalam masyarakat. Mereka akan menerima bayaran yang sikit untuk perkhidmatan yang dibuat tapi ia amat diperlukan dalam iklim tropikal di India.

Dikatakan, bila masuk tidur, akan ada kasut-kasut lama yang diletakkan berhampiran bangsawan-bangsawan ini supaya senang dicapai. Sekiranya mereka terbangun tengah malam dan rasa panas serta berpeluh, ini bermakna pungkah-wallah mereka mungkin tertidur semasa menghayun.

Punkah Wallah 9

Apa yang dibuat? Kasut berhampiran itu akan diambil dan dibaling ke arah hamba yang sedang menghayun bagi menyambung hayunan mereka. Dikatakan juga, jika kasut yang dibaling tak kena pungkah-wallah mereka, bangsawan-bangsawan ini akan mula menumbuk dan menendang mereka sehingga ada yang membawa maut.

Pada kurun ke-19, terdapat beberapa kes pungkah-wallah telah menyaman majikan mereka kerana kekasaran yang dihadapi.

Berdasarkan cerita-cerita zaman tersebut, bagi menyelesaikan masalah tertidur ketika bertugas, beberapa pungkah-wallah telah mengikat tali pada ibu jari mereka dan melatih diri untuk tidur tapi masih boleh menggerakkan ibu jari bagi kekal menghayun pungkah.

Punkah Wallah 14

Dengan cara ini, ia akan memberikan master tidur yang tidak terganggu dan pada masa yang sama pungkah-wallah ini boleh berehat.

Ketibaan elektrik dan pembangunan siling kipas elektrik pada akhir kurun ke-19 menandakan pengakhiran pungkah ini serta orang yang bekerja dalam bidang ini.

Wow, lepas ni bila pakai aircond korang kena ingatlah betapa susahnya orang-orang dulu sampai kena kipaskan orang kaya untuk cari sesuap makan.

Sumber: Amusing Planet, Twitter

 

Baca: Based On True Story: 5 Kisah ‘Survival’ Paling Epik Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Screenshot 2023 06 27 At 1.00.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.