in

“Presiden bagi restu keluar BAM”- Tiada Lagi Penggantungan 2 Tahun, BAM & LZJ Berdamai

Page New Lzj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lalu, memang tidak dinafikan kemelut yang berkaitan dengan pemain badminton perseorangan negara iaitu Lee Zii Jia dan juga Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa menjadi buah mulut netizen.


Ia kemudiannya diikuti pula dengan Lee Zii Jia menghantar surat rayuan kepada BAM berikutan hukuman yang dikenakan iaitu penggantungan dari menyertai apa-apa kejohanan untuk dua tahun bermula Jumaat lepas.

Selepas ke sana dan ke mari untuk menyelesaikan masalah tersebut, Lee Zii Jia telah memuatnaik posting terbaru menerusi Instagramnya @leeziijia menjelaskan bahawa kemelut dengan BAM telahpun diselesaikan secara damai.

Pemain berusia 24 tahun itu membuat perjumpaan tertutup bersama dengan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria yang turut ditemani oleh ibu bapanya. Dia turut menjelaskan di bahagian kapsyennya yang dirinya lega selepas isu tersebut kini telah berakhir.

Presiden BAM restu jadi pemain profesional

Selepas perjumpaan itu juga, Tan Sri Norza Zakaria membuat keputusan untuk memberikan restu kepada Lee Zii Jia untuk terus menjadi wakil negara sebagai pemain profesional selain turut menarik balik penggantungan selama dua tahun yang dikenakan ke atas pemain perseorangan negara itu.

Lee Zii Jia turut menjanjikan untuk memberi komitmen dan fokus sepenuhnya kepada Kejohanan Asia yang akan berlangsung nanti selepas diberi peluang dari pihak BAM dan keputusan itu mendapat reaksi yang positif dari netizen di bahagian komen.

Ig Full 3

Bukan itu sahaja, dia turut mengharapkan agar berita gembira itu dapat menyatukan semua rakyat Malaysia dan juga peminat-peminat sukan badminton. Malah, dia juga meminta jasa baik orang ramai untuk terus menyokong BAM dan pemain-pemain badminton yang lain.

Alhamdulillah, selesai juga isu hangat ni… Lepas ni boleh lah kita tengok Lee Zii Jia atas court lagi. Yeayy!

Baca: BAM Pujuk Lee Zii Jia, Didakwa Tawar Gaji RM1 Juta Setahun?

Bam Tawar 1 Juta Setahun Lee Zii Jia

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.