in

“Post bank statement kata riak pulak” – Dituduh Tak Bekerja, Syada Amzah Bidas Komen Netizen

Syada Kerja Senidir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, konflik melibatkan Shila Amzah serta adik-adiknya menjadi bualan ramai. Nampaknya, hari ini banyak lagi sisi lain berkenaan cerita itu.

Adik perempuan kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah hari ini sudah tidak tahan dengan kecaman netizen dan menepis dakwaan bahawa selama ini dia hanya ‘menumpang’ rezeki kakaknya itu.


Artikel berkaitan: “Sejenis tak bertanggungjawab” –  Individu Dedah Syada Amzah Gagal Buat ‘Review’ Produk, RM350 Belum ‘Refund’

Artikel berkaitan: “Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah” –  Ibu Shila Amzah Perli Menantu?

@syadaamzahh

Loki 2nd season series premier 🫶🏻✨

♬ Flowery Resale – DJ BAI

Syada Amzah yang juga seorang penyanyi itu dilihat meninggalkan komen di TikTok miliknya sendiri selepas ruangan komen itu dipenuhi dengan kecaman netizen yang menyuruhnya untuk mencari rezeki sendiri dan tidak berharap kepada kaka sulungnya sahaja.

Cats 21

“Salah adik nak serang ni. Saya mula bekerja sejak berusia 13 tahun, sara diri pada usia 15 tahun,” katanya.

Selain itu, bekas peserta Big Stage itu juga berkata dia terhibur dengan komen-komen netizen malah dia juga memberi bayangan dia boleh memuat naik gambar penyata banknya tetapi risau dituduh riak pula.

Setakat artikel ini ditulis, Syada telah menghadkan serta memadamkan ruangan komennya di TikTok.

Sebagai info, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.