in

“Polis tengah handle benda lebih penting sekarang” – Bront ‘Sound’ Seniman ‘Semakkan’ Polis Waktu Krisis Covid-19

Seniman Report

Isu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Zarina Anjoulie menjadi semakin hangat. Mana tidaknya, semalam SENIMAN telah membuat laporan polis terhadap Zarina kerana menurut mereka video itu berunsur hasutan dan juga kecaman terhadap industri seni tanah air.

Menurut Presiden SENIMAN Zed Zaidi, video tersebut menimbulkan perbalahan antara netizen dengan artis selain mencalarkan imej SENIMAN. Laporan itu dibuat oleh tiga biro  SENIMAN di tiga balai polis secara berasingan.

Dia keluarkan video yang membuatkan masyarakat memandang negatif kepada artis dan pada masa sama, menghasut orang ramai untuk membenci artis.”

View this post on Instagram

INFO TERKINI : Pihak SENIMAN telah membuat laporan polis melalui wakilnya terhadap seorang artis yang membuat video hasutan dan kencaman terhadap industri seni malaysia. Melalui video berkenaan artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu. Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam perintah kawalan pegerakan (pkp) telah menjadi teruk dan di pandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan. Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan suruhanjaya multimedia malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu supaya dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner utk menghapuskan covid 19 dari menghasut masyarakat untuk membuat pekara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam. Terima kasih.

A post shared by Persatuan Seniman Malaysia (@persatuansenimanmalaysia) on

 

“Jangan semakkan lagi hidup polis.”

Melalui Twitter, Bront Palarae telah menyelar tindakan SENIMAN dan meminta mereka untuk tidak ganggu kerja polis yang tengah sibuk dengan situasi PKP dan Covid-19 di Malaysia sekarang.

Masalah dalaman industri harus ditangani secara dalaman. Mohon jangan semakkan lagi hidup polis yang tengah handle benda yang lebih penting sekarang ini.”

Seniman2

 

Netizen sokong!

Ramai netizen setuju dengan kenyataan Bront tersebut dan menyifatkan tindakan SENIMAN itu tidak wajar sebab banyak lagi perkara penting yang kerajaan perlu utamakan dan tumpukan sekarang.

Well said bro, Banyak perkara penting lagi yang kerajaan perlu tangani. Nampak memalukan bila Persatuan Seniman pun dah macam kanak-kanak ribena handle kes-kes artis.”

Seniman3 Seniman4

Betul juga apa Bront kata tu…

Baca: “Polis ada banyak lagi kerja lain masa PKP ni” – Kes Zarina Anjoulie, Persatuan Seniman Lapor Polis

Feature 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter