in

Polis Cadang Kompaun Sekolah Jika Cetus Kluster Baru COVID 19 Akibat Daripada Pengabaian SOP

Kompaun 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kenaikan kes COVID 19 dalam institusi pendidikan baru-baru ini sehingga beberapa sekolah di Pahang terpaksa ditutup, polis Pahang kini bakal mencadangkan tindakan kompaun dikenakan terhadap sekolah yang abai SOP sehingga cetus kluster baru COVID 19.


Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Task Force COVID 19 negeri berkenaan yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang dalam masa terdekat.

Ketua Polis
Ketua polis pahang

Tambahnya lagi, polis seboleh-boleh tidak mahu mengeluarkan kompaun, namun tindakan ini dilihat sebagai langkah akhir dalam membendung penyebaran wabak COVID 19 di sekolah.

Polis seboleh-bolehnya tidak mahu mengeluarkan kompaun, namun tindakan ini dilihat sebagai langkah terakhir kita memastikan semua pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak berlaku kluster baharu di sekolah.

“Selain polis dan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu peka dengan situasi anak. Jika mereka bergejala atau tidak sihat, jangan benarkan anak ke sekolah kerana ia berisiko mengakibatkan perkara tidak diingini yang seterusnya menyukarkan pihak lain,” katanya.

Utu Kel Sop Sekolah001 Preview

Bagi membantu pematuhan SOP di sekolah pula, unit rondaan bermotosikal (URB) dan kereta peronda MPV akan ditempatkan pada waktu puncak iaitu datang dan pulang untuk membantu pegawai perhubungan sekolah awasi keadaan pada ketika itu.

Uish makin hari, makin banyak sekolah ditutup akibat COVID 19. Sampai bila agaknya semua ini akan berakhir? 

Baca: KKM Manipulasi Data COVID 19? DS Ismail Sabri Ingatkan Orang Ramai Jangan Tuduh Sembarangan

Sembarangan 1

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.