Pilu! Beg Berisi Mainan & Anak Patung Dijumpai Berdekatan Dengan Jasad Budak Yang Tertimbus

Tambah ke Sumber Pilihan
Pilu! Beg Berisi Mainan & Anak Patung Dijumpai Berdekatan Dengan Jasad Budak Yang Tertimbus

Sebuah video daripada Buletin Utama TV3 yang memaparkan misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir telah tular malam tadi di laman sosial. Misi tersebut dipercayai telah dijalankan di kawasan Bentong, Pahang.

Dikatakan sebelum ini, ketika kejadian banjir lumpur menimpa sebuah inap desa di kawasan tersebut, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan sepasang suami isteri dilaporkan gagal ditemui.


Namun, setakat ini hanya dua jasad sahaja telah ditemukan iaitu melibatkan seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki. Pihak penyelamat masih lagi giat mencari seorang individu yang dikhuatiri telah dibawa arus kepala air.

Oleh hal yang demikian, menerusi siaran Buletin Utama tersebut, seorang wartawan telah berkesempatan untuk menyertai pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tersebut.

Dia juga ada menunjukkan lokasi dua jasad sebelumnya ditemui iaitu di bawah timbunan kayu kesan akibat banjir tersebut. Dikatakan, dua jasad tersebut telah dihanyutkan sejauh 200m dan 800m dari kawasan inap desa berkenaan.

Beg berisi mainan & anak patung dijumpai…

Ketika proses penggalian sisa kayu di tepi lebuh raya dijalankan, mereka dikejutkan dengan penemuan sebuah beg yang dipercayai milik seorang kanak-kanak. Wartawan itu sendiri ketika membuat liputan berkenaan akui bahawa penemuan tersebut sangat memilukan. Hal ini kerana, isinya penuh dengan mainan dan anak patung. Namun, sehingga kini pemilik beg tersebut masih belum dikenal pasti.

Bukan sahaja wartawan itu, ramai penonton yang telah melihat video tersebut turut berduka mengenangkan detik pemergian kanak-kanak seusia itu.

Media BegSumber: Twitter

Semoga misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir seluruh Semenanjung Malaysia dipermudahkan…

Sumber: Buletin Utama TV3 dan Twitter

Baca: Mark Adam Aktif Bantu Mangsa Banjir Walaupun Rumah Keluarga Di Filipina Hancur Akibat Taufan Rai

Baca Beg Budak

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pilu! Beg Berisi Mainan & Anak Patung Dijumpai Berdekatan Dengan Jasad Budak Yang Tertimbus
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pilu-beg-berisi-mainan-anak-patung-dijumpai-berdekatan-dengan-jasad-budak-yang-tertimbus/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM