in

“Pilot tu bawa Boeing 777”-Farah Nabilah Sah Bergelar Isteri Juruterbang Tapi Netizen Kecoh Pasal Hantaran

Fawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan sekali lafaz, pelakon, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28 malam tadi.


Farah dan Amirul telah dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Hj Mastori Hj. Marsidi bertempat di Royal Chulan Damansara.

Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.

Tahniah Farah dan suami!

Sementara itu, rata-rata netizen tampil menzahirkan ucapan tahniah serta mengirimkan doa buat merpati dua sejoli itu.

Bagaimanapun ada yang kecoh mengenai hantaran yang diterima Farah yang disifatkan ‘terlalu besar’ bagi kebanyakkan orang.

Screen Shot 2019 12 21 At 9.52.55 Am
Sumber: facebook
Screen Shot 2019 12 21 At 9.53.23 Am
Sumber: facebook

Hmm biasalah netizen, ada je yang diorang nampak kan.

Farah dan suami sebelum ini mengenali antara satu sama lain melalui teman rapatnya iaitu pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.

Baca: “Gigi patah, mata lebam pun cantik” – Izara Aisyah Kongsi Gambar Cedera Masa Penggambaran Omrak Rindu The Series

Screen Shot 2019 12 21 At 10.30.46 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.