in

“Peti mayat sentiasa penuh” – Lepas Sg Buloh, Hospital Selayang Pula Terpaksa Guna Kontena Simpan Jenazah

Ft Kontenaselayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hospital Selayang menjadi hospital kedua di Malaysia selepas Sungai Buloh yang terpaksa menyediakan kontena khas bagi menyimpan jenazah. Menurut Berita Harian, perkara itu dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Facebook dan Twitter malam tadi di mana  kontena khas itu disediakan Unit Perubatan Forensik hospital berkenaan.


KKM memaklumkan kontena khas tersebut mampu menempatkan 20 jenazah atau mayat tambahan kerana peti mayat di hospital tersebut sentiasa penuh.

Selepas Hospital Sungai Buloh, tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah/mayat Covid-19.”

 

Berikutan peningkatan mendadak dalam jumlah kematian berkaitan dengan Covid-19 sejak awal bulan ini, inisiatif ini terpaksa dilakukan memandangkan rekod jumlah kematian tertinggi dicatatkan dalam selang beberapa hari bagi dua minggu terakhir ini, lapor Malaysiakini.

Dalam 14 hari terakhir, negara kita merekodkan sejumlah 703 kematian disebabkan virus ini di seluruh negara dan sebahagian besar kematian dilaporkan di Selangor.

Baca: Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Sediakan Kontena Khas Untuk Simpan Jenazah Pesakit Covid-19

Kontena Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.