Pesawat Terhempas Di Hutan Amazon, 4 Kanak-kanak Ditemui Selamat Lepas 40 Hari

Tambah ke Sumber Pilihan
pesawat terhempas

Empat orang kanak-kanak ditemui selamat selepas dilaporkan hilang selama 40 hari susulan pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di hutan Amazon.

Kawasan nahas itu adalah rumah kepada binatang buas seperti jaguar, ular dan pemangsa lain. Hutan Amazon juga adalah tempat kumpulan penyeludupan dadah bersenjata melakukan aktiviti mereka.


Empat orang kanak-kanak yang berumur 13, sembilan, empat dan satu tahun itu dipercayai berkeliaran di dalam hutan sejak 1 Mei lalu.

Mereke ditemui tidak jauh dari bangkai pesawat yang terhempas itu. Mayat tiga orang dewasa yang bersama mereka iaitu, ibu mereka, juruterbang dan seorang saudara, semuanya ditemui di lokasi nahas oleh tentera.

Pesawat Terhempas

Pencarian besar-besaran melibatkan 160 orang askar dan 70 Orang Asli dengan pengetahuan mendalam tentang hutan telah dijalankan sejak beberapa minggu bagi menjejak mereka. Usaha ini juga telah mendapat perhatian global.

Memetik laporan New Straits Times, pihak berkuasa berjaya mengesan petunjuk seperti kesan tapak kaki, lampin, buah yang dimakan separuh ketika usaha mencari dan menyelamat.

Bimbang akan kanak-kanak itu akan terus merayau di dalam hutan dan menjadi semakin sukar untuk dikesan, tentera udara ‘membuang’ 10,000 risalah ikhtiar hidup ke dalam hutan dengan arahan dalam bahasa Sepanyol dan bahasa Orang Asli untuk memberitahu mereka untuk terus kekal di satu tempat

Pesawat Terhempas

Pihak tentera juga menjatuhkan bungkusan makanan dan air botol dikawasan berhampiran nahas sebagai bekalan untuk kanak-kanak itu. Pasukan penyelamat juga telah menyiarkan mesej yang dirakam oleh nenek kanak-kanak itu, menggesa mereka supaya tidak bergerak ke tempat lain.

Pihak berkuasa Colombia memaklumkan empat orang kanak-kanak itu berada dalam keadaan lemah dan kini sedang dirawat.

Untuk rekod, pesawat ringan jenis Cessna 206 itu terhempas di tengah hutan Amazon dalam wilayah negara Colombia pada 1 Mei lalu.

Baca: Keluarga Buntu Gadis 22 Tahun Hilang, Kali Terakhir Kelibat Dirakam CCTV Dekat Chiang Mai Thailand

Screenshot 2023 06 10 At 3.10.13 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pesawat Terhempas Di Hutan Amazon, 4 Kanak-kanak Ditemui Selamat Lepas 40 Hari
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pesawat-terhempas-di-hutan-amazon-4-kanak-kanak-ditemui-selamat-lepas-40-hari/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM