“Pertama kali mengundi” – Penembak Trump Seorang Pendiam, Pernah Dapat RM2K Untuk Anugerah Matematik

Tambah ke Sumber Pilihan
“Pertama kali mengundi” – Penembak Trump Seorang Pendiam, Pernah Dapat RM2K Untuk Anugerah Matematik

Hujung minggu lalu, kita digemparkan dengan berita di mana bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ditembak dan cedera di bahagian telinga ketika sedang berkempen di Butler, Pennsylvania.

Suspek yang dikenali sebagai Thomas Matthew Crooks itu ditembak mati oleh Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) beberapa saat selepas dia didakwa melepaskan tembakan ke arah pentas ketika Donald Trump sedang berucap.


Artikel berkaitan: Tembakan Dilepaskan, Cubaan Bun*h Donald Trump Ketika Kempen Pilihan Raya Republikan

Artikel berkaitan: Presiden US Pertama Disabit Kesalahan Jenayah, Ini Apa Yang Berlaku Kepada Donald Trump

7534731 Web1 Ptr Shooter Hsmugshot WebSumber: Tribune Review

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata pihaknya sedang berusaha untuk menentukan motif serangan daripada pemuda 20 tahun itu dan difahamkan seorang peserta perhimpunan maut serta dua penonton lain cedera parah.

Menurut laporan NDTV, rekod pengundi negeri menunjukkan Thomas Crooks adalah seorang ahli Republikan berdaftar, pilihan raya pada 5 November ini merupakan kali pertama suspek mengundi untuk pemilihan presiden.

Difahamkan, suspek menunjukkan minat dalam politik ketika berusia 17 tahun dengan menderma AS$15 (RM70) kepada ActBlue yang merupakan platform pengumpulan dana untuk berkhidmat kepada ahli politik berhaluan kiri dan Demokrat.

Thomas Crooks merupakan graduan Bethel Park High School dan disifatkan sebagai seorang pelajar pintar dan pendiam.

Malah, dia pernah menerima $500 (RM2,334) serta ‘Anugerah Bintang’ daripada Inisiatif Matematik dan Sains Kebangsaan.

Video majlis graduasi 2022 tular di media sosial memaparkan Thomas Crooks menerima diploma sekolah tingginya dengan tepukan gemuruh, bagaimanapun agensi berita Reuters belum dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut.

Sumber: NDTV

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Pertama kali mengundi” – Penembak Trump Seorang Pendiam, Pernah Dapat RM2K Untuk Anugerah Matematik
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pertama-kali-mengundi-penembak-trump-seorang-pendiam-pernah-dapat-rm2k-untuk-anugerah-matematik/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM