in

“Permaisuri Agong kirim salam semua” – Netizen Happy Tengok Gambar Terbaru Tunku Azizah Lepas Deactivate Twitter

Rpa Comel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh sejak beberapa hari lepas apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat keputusan untuk menyah aktifkan akaun Twitter baginda.


Sampaikan hashtag #AmpunTuanku jadi trending dekat Twitter selepas akaun Twitter Tunku Azizah telah tiada disebabkan buli siber netizen.

Rpa
sumber: twitter

Sejak daripada itu, ramai yang merindui dengan gelagat dan telatah comel serta kelakar Tuanku di platform itu. Tapi, seorang arkitek yang juga pelukis ada share yang dia jumpa Tuanku semalam!

Menurut Teme Abdullah, dia berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk menyerahkan hasil lukisannya.

Dalam thread yang dikongsikan Teme, dia akui kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kita yang tidak berbudi dan tidak menjaga adab.

Adab menjadi sesuatu yang mahal pada zaman ini, walhal ia percuma. Maka jadikanlah diri kita dalam kalangan mereka-mereka yang beruntung masih punyai kemewahan adab dan budi dalam jiwa.”

Bukan tu je, Teme juga sempat sampaikan salam Raja Permaisuri Agong kita bersama selfie dari baginda serta Yang di-Pertuan Agong. Dia pun memang dah dapat kebenaran Tuanku untuk kongsi gambar tu dekat media sosial.

Our beloved Queen, DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ada kirimkan salam pada semua. ? Tidak kisah friends or haters.”

Tuanku1
sumber: twitter

Ramai netizen happy dan berterima kasih dekat Teme sebab kongsikan gambar serta sampaikan salam dari Tuanku kepada mereka.

Netizen Happy
sumber: twitter

Rindu Tuanku dekat Twitter. ?

Baca: “Raja Permaisuri Agong please comeback!” – Netizen Risau Lihat Tunku Azizah Sugul Semasa Majlis Istiadat Pagi Tadi

Sedih Rpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.