Nampaknya timbul lagi satu kontroversi dalam program temubual daripada Oprah Winfrey.
Sebelum ini satu pendedahan mengejutkan oleh Meghan Markle dan Putera Harry, kali ini pelakon dari Bollywood, Priyanka Chopra pula menjadi tumpuan netizen.
Dalam temubual tersebut, isteri kepada Nick Jonas itu mengakui mempelajari tiga agama iaitu Hindu, Kristian dan Islam.
Menerusi satu klip pendek yang dikeluarkan baru-baru ini, Priyanka menyatakan bahawa dia “menyedari Islam” kerana mendiang ayahnya, Dr Ashok Chopra, biasa “menyanyi di masjid”
Ayah saya pernah menyanyi di masjid dan saya tahu mengenai Islam.”
Priyanka Chopra pada waktu ini sedang berbicara tentang asas spiritualnya, yang diamalkan di India.
Pelakon Bollywood itu membicarakan tentang pelbagai agama yang ada di negara kelahirannya.
“Saya dibesarkan di sekolah biara. Saya menyedari agama Kristian. Ayah saya biasa menyanyi di sebuah masjid , saya kenal Islam. Saya dibesarkan dalam keluarga Hindu, saya menyedarinya. Kerohanian adalah sebahagian besar dari India sehingga anda tidak boleh mengabaikannya.”
Ramai netizen ‘ambil pusing’ dengan kenyataannya itu, bagi mereka Priyanka seolah-olah tahu pasal keseluruhan agama Islam hanya kerana ayahnya nyanyi di sebuah masjid, lapor India Today.
Ada yang mempersoalkan masjid mana dan ada juga yang jadikan bahan troll.
Ayah saya decorate pokok Krismas, jadi saya kenal Kristian – Netizen
Dalam pada itu, Sinar Harian melaporkan bahawa ia menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen beragama Islam yang membalas bahawa orang Islam tidak menyanyi di dalam masjid.
“Mereka tidak menyanyi di dalam masjid. Mereka membaca Al-Quran,”
Ada juga netizen yang menyatakan bahawa warganet ini telah menyalah tafsirkan kenyataannya itu.