in

‘Pergi’ Saat Di Puncak, Ini 7 Kes Pembunuhan Ngeri Melibatkan Penyanyi Terkenal

Cats1 5

Sehingga kini, memang banyak kes pembunuhan terjadi tak kira di dalam ataupun luar negara. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengenal pangkat seseorang termasuklah ahli politik, selebriti dan juga penghibur.

Oleh itu, untuk artikel kali ni min nak cerita pada korang mengenai beberapa kes pembunuhan  penyanyi terkenal yang pernah menggegarkan dunia muzik suatu ketika dahulu.

1. Marvin Gaye

Marvingaye By Jim Britt

Penyanyi kacukan Afrika-Amerika ini merupakan salah seorang penyanyi dan penulis lirik terkemuka satu dunia. Dia memulakan kerjayanya pada pertengahan 1950-an dengan lagu famous-nya berjudul ‘I Heard It Through The Grapevine‘ yang dinyanyikan bersama kawan baiknya, Tammi Terrel.

Untuk pengetahuan korang, ayah penyanyi ini merupakan seorang yang ganas terhadap keluarganya. Dikatakan, bapanya menembak Marvin di jantung apabila berlaku satu pergaduhan antara mereka di mana dia sedang mempertahankan ibunya dari kekejaman suaminya pada 1 April 1984.

Artikel berkaitan: #Throwback: Kronologi Pembunuhan Noritta Samsudin, Suspek Serah Diri Tapi Didapati Tak Bersalah

2. Sam Cooke

Sam On Couch C Abkco Photo By Wally Seawell Bw C

Penyanyi kelahiran Amerika ini gemar membawa genre soul yang popular pada suatu masa dulu. Dia juga pernah ada pengalaman menyanyi dalam sebuah koir yang diberi nama, The Soul Stirrers dari tahun 1950 hingga 1956.

Kejadian pembunuhannya berlaku di sebuah motel di Los Angeles pada 11 Disember 1964. Dipercayai, dia ditembak di dada oleh pengurus motel itu bernama Bertha Franklin ketika satu pergelutan berlaku antara mereka disebabkan kehilangan Elisa Boyer, teman kepada Sam.

Disebabkan itu, Bertha bertindak menembak Sam atas alasan mempertahankan diri. Walaupun begitu, ada teori mengatakan bahawa pembunuhan ini telah dirancang oleh musuh Sam disebabkan keadaan mayatnya yang cedera teruk yang berlainan dengan testimoni Elisa dan Bertha.

3. XXXTentacion

L5

Kes kematian penyanyi ini memang terkenal di Amerika Syarikat sehingga tersebar dalam media sosial. Dia merupakan penyanyi rap yang membawa pelbagai genre muzik seperti rock dan R&B. Dikatakan, kariernya bermula pada 2013 selepas dia dibebaskan daripada sebuah pusat tahanan juvana di negara itu.

Pada 18 Jun 2018, dia telah ditembak mati  ketika berumur 20 tahun dalam sebuah rompakan di Pantai Deerfield, Florida. Pencuri yang menyerangnya membawa lari sebuah beg Louis Vuitton yang mengandungi sejumlah 50 ribu dolar.

4. Christina Grimmie

Penyanyi wanita ini mula dikenali orang apabila banyak melakukan cover lagu dalam channel YouTube-nya sendiri. Namun yang menaikkan lagi popularitinya ialah apabila dia menyertai rancangan The Voice yang merupakan salah satu rancangan nyanyian terbesar di Amerika.

Kematiannya berlaku ketika sesi autograf di konsertnya pada 10 Jun 2016 di Orlando, Florida. Menurut siasatan rasmi, dia ditembak mati dengan sepucuk pistol oleh pembunuhnya yang bernama Kevin Loibl. Dikatakan, Kevin mempunyai obsesi yang pelik terhadap Christina lalu membunuhnya bagi mengelakkan sesiapa untuk memiliki penyanyi itu.

5. John Lennon

Capture

Siapa sini tak kenal dengan John yang merupakan ahli kepada kumpulan popular, The Beatles yang menjadi kegilaan ramai suatu masa dulu. Dia juga adalah seorang penyanyi berbakat kerana dia bukan saja pandai menyanyi malah, main gitar dan juga bekerja sebagai komposer lagu.

Pada 8 Disember 1980, John telah ditembak mati oleh peminatnya yang bernama David Chapman di depan bangunan rumahnya. Sebelum itu, John ada sign autograf pada album Double Fantasy yang dimiliki oleh David pada waktu pagi. Dikatakan, ini merupakan taktik untuk membunuh penyanyi itu namun telah ditangguh kepada waktu malam setelah penyanyi itu balik ke rumahnya.

Artikel berkaitan: “Mayat dia, saya isikan dalam guni” – #Throwback Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon 

6. Tupac Shakur

L6

Penyanyi rap ini dilahirkan pada 1971 di New York. Dia ni bukan saja terkenal dengan albumnya seperti ‘2pacalypse Now‘ dan ‘Me Against The World‘. Namun, dia juga pernah beberapa kali masuk penjara disebabkan jenayah yang dia lakukan.

Pada September 1996, Tupac dan bodyguard-nya terlibat dalam satu pergaduhan dengan satu ‘street gang‘ di sebuah hotel Las Vegas. Selepas itu, dia telah ditembak mati ketika berada dalam limosinnya yang pelakunya sehingga kini masih tak dapat dikenalpasti.

7. Selena 

Singer Selena Receives Grammy Award At The 36Th Annual News Photo 1691091997

Nama sebenarnya ialah Selena Quintanilla-Pérez yang juga merupakan seorang penyanyi Amerika. Dia juga digelar sebagai ‘Queen of Tejano‘ disebabkan sumbangannya dalam bidang fesyen dan muzik yang melonjakkan genre Tejano dalam pasaran arus perdana.

Seperti John Lennon, dia juga ditembak oleh peminatnya yang juga merupakan presiden kelab penyanyi itu, Yolanda Saldivar. Dipercayai, presiden itu telah mencuri duit kelab lalu perbuatannya itu disedari oleh Selena.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Selena sempat memberitahu nama pelaku kepada pekerja lobi di lokasi kejadian. Namun begitu, Selena dilaporkan meninggal dunia disebabkan kehilangan darah yang banyak akibat dari luka tembakan di bahunya.

Sumber: InsaneBeatz, Indiatimes