in

“Mayat dia, saya isikan dalam guni” – #Throwback Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon

Along3

Bagi anda yang lahir dan membesar pada era 80 dan 90an, pasti kenal dengan kumpulan Spoon yang popular menerusi lagu hit Rindu Serindu Rindunya kan? Boleh dikatakan ia antara lagu jiwang paling best sekali pada zaman tersebut.

Namun dalam tempoh singkat kegemilanganya, waktu itu jugalah berlakunya satu memori gelap pasal band ini setelah vokalisnya Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie dikhabarkan hilang selama 10 hari.

Sepanjang tempoh ‘kehilangannya’ pada waktu itu bermacam-macam persoalan timbul, namun kehilangannya mula terjawab apabila polis menjumpainya dalam keadaan yang sudah tiak bernyawa. Sumber

 

Makan masa 10 tahun untuk selesaikan misteri pembunuhan Along

Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam, dia dibunuh di lereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang – Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan.

Along

Pada 5 Disember 1999, along yang baru sahaja berusia 19 tahun dilaporkan hilang dan ditemui meninggal dunia di dalam satu guni selepas suspek yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal. Suspek ditahan pada 7 Januari tahun 2000.

Suspek yang bernama Lans Koperal Mohamed Ya’cob dihadapkan ke mahkamah pada 19 Januari tahun 2000 atas tuduhan membunuh. Dia dijatuhi hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Seremban mendapati Mohamed Ya’cob bersalah pada 10 April 2002.

15193663 1158470744244005 2348538315113476635 N

Pada 29 September 2009 , Mohamed Ya’cob membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya bagaimanapun ia ditolak dan keputusan hukuman gantung sampai mati dikekalkan.

Pembunuhan itu dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu anggota polis itu yang dikatakan ada mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Susulan itu, seorang peguam yang dikenali sebagai Sir Kamarul ada kongsikan secara terperinci ketika pembunuhan itu berlaku.

 

Mayat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan di tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu” – Mohamed Ya’cob

Along2

Ia bermula daripada seorang pemandu yang membawa mereka berdua, suspek dan Along duduk di dalam satu kereta dibahagian penumpang.

Sepanjang dalam perjalanan itu, ada berlaku perbalahan sehingga suspek menggunakan kekerasan fizikal kepadanya.

Ketika itulah, suspek bertanyakan mangsa adakah mangsa mempunyai apa-apa hubungan dengan isteri suspek.

Mangsa menafikannya. Suspek kemudian memberitahu mangsa yang dia nampak mangsa berdua dengan isterinya dalam kereta.

Suspek dikatakan ada ketuk kepada mangsa berkali-kali di dalam kereta kerana geram. Pemandu kereta itu kemudian menyuruh suspek supaya jangan cederakan mangsa.

Ketika inilah, suspek arahkan kereta supaya berhenti kononnya nak buang air, tetapi mangsa juga turut diheret keluar dan pemandu disuruh balik.

Suspek dan mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan. Berdua. Ketika inilah berkemungkinan besar segala-galanya berlaku. Pemandu rasa tak sedap hati dan patah balik ke lokasi mereka.

Tetapi apabila dah sampai je, pemandu tersebut melibat cuma ada sorang sahaja di tepi jalan iaitu suspek.

Mangsa kemudian hilang tanpa khabar berita dan suspek ditangkap sebab dialah orang terakhir kelihatan bersama mangsa. Pemandu kereta menjadi saksi pendakwaan ketika kes dibicarakan.

Semasa disoal siasat, suspek memberikan satu kenyataan ‘mayat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan di tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu’. Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian.

Mangsa kemudian dijumpai telah mati. Mayat mangsa sudah reput diikat dalam sebuah guni. Ketika ditemui, mayat berada berkedudukan seperti posisi janin dalam rahim.

 

Pihak cuba ambil kesempatan

Pada waktu itu nama kumpulan Spoon menjadi dambaan dan kegilaan ramai, mendengar khabar berita kehilangannya ramai yang cuba ambil kesempatan dengan menghubungi keluarga Along kononnya dia diculik.

Sebagai tebusan untuk dapatkan Along, keluarga harus membayar RM 500 ribu sepanjang tempoh dia hilang, namun begitu hasil siasatan polis mendapati ia tidak ada kaitan kerana hanya sekadar penipuan yang dibuat daripada pihak tak bertanggungjawab untuk ambil kesempatan.

Malah menurut laporan mStar Online sebelum ini, bapanya kerugian kira-kira RM300,000 kononnya mendakwa Along akan kembali ke pangkuan kelaurga.

Boleh tengok full video disini…

Selepas kematian Along, vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, namun masih tidak dapat menandingi aura suara yang dimiliki Along.

Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam. Bagaikan sudah tiada lagi penggantinya. Namun, sebelum ini lagu nyanyiannya kembali dimainkan.

Lagu popular arwah yang berjudul Rindu Serindu-Rindunya kini dibawakan semula oleh penyanyi dari Indonesia iaitu Firman Siagian.

 

Baca : Mia Zapata: Misteri Pembunuhan Vokalis Band Punk Tahun 1993, Lepas 10 Tahun Baru Dapat Tangkap Pembunuh

Pembunuh

Sumber: mStar
Sumber: Facebook