“Pergh makin tambah selera”- [VIDEO] Viral Restoran Jual Mee Goreng Ayam Berulat Di Perak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bayangkan korang tengah berselera nak makan mee goreng sekali nampak ulat tengah berkutik-kutik(bergerak-gerak) atas makanan korang, apa korang rasa?

Well, itulah yang terpaksa dihadapi seorang pemuda ketika singgah di sebuah restoran di Seri Manjung, Perak.

Menurut Harian Metro, Wan Mohd Amirul Wan Mohd Azam merupakan individu yang memuat naik video tersebut di facebook sebelum ianya tular.

Kata Wan Mohd Amirul, kejadian tersebut berlaku kepada kawannya kira-kira pukul 5 pagi semalam sebelum rakannya itu bertindak merakam video tersebut dan dikongsikan dengannya di WhatsApp.

Posted by Rayyan Rizqi on Wednesday, November 6, 2019

Rasanya mee segera tiada masalah cuma ulat dari ayam yang dipercayai sudah beberapa hari, nasib baik dia belum sempat menjamah hidangan itu.

“Rakan sudah memaklumkan kepada orang kedai berkenaan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana peniaga tidak mementingkan kebersihan makanan,”

Katanya dia tiada niat jahat berkongsi video tersebut di facebook sebaliknya hanya nak beri peringatan dan minta orang lain lebih berhati-hati dalam soal makanan.

“Sebelum ini sudah ada berita keluar mengenai kedai makan kotor tetapi pengusaha makanan seperti tidak ambil kisah dan masih ada menjual makanan kitar semula.

“Jadi saya fikir ini untuk peringatan semua lagipun ia berlaku kepada kawan saya dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya,”

Mengulas mengenai perkara tersebut, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata setakat ini pihaknya tidak ada menerima sebarang aduan rasmi daripada pihak terbabit, bagaimanapun beliau maklum mengenai video yang tular itu.

“Setakat ini tiada aduan rasmi tetapi ia tular dalam media sosial dan pihak kami sedang menyiasat perkara ini,”

Sumber: Facebook

Bagaimanapun premis berkenaan telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa selama 14 hari.

 

Eiiyeeekkkk! Geli geleman weh kalau nampak ulat dalam pinggan.

Baca : “Memang tak lah aku dtg lagi” ; Wanita ‘Geli’ Jumpa Ulat Sampah Dalam Fries Di Franchise Ayam Popular

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.