in

“Memang tak lah aku dtg lagi” – Wanita ‘Geli’ Jumpa Ulat Sampah Dalam Fries Di Franchise Ayam Popular

Feat 6

Kita sentiasa expect kualiti makanan yang kita order menepati jangkaan kan? Kadang-kadang, kita sampai sanggup bayar lebih sebab kita tahu restoran yang mahal mestilah kebersihan mereka dijaga kan?

Tapi lain pula yang berlaku pada seorang wanita dari UK ni, dia order makanan dari salah satu franchise ayam terbesar dan popular tapi bila makanan dia sampai, ada pula perisa tambahan dalam french fries dia.

Weh, bayangkan korang dah lah lapar, lepastu memang tak sabar nak makan makanan favourite korang ni, sekali dapat, ada ulat sampah. Hidup pulak tu!

Video ni, dah dapat lebih dari 30k tontonan dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang cakap orang ni saja bawa ulat sebab nak makanan free dan ada juga yang dah tak nak jejak kaki dah dalam restoran ni.

Screenshot 2019 06 17 At 11.25.59 Am Screenshot 2019 06 17 At 11.26.40 Am Screenshot 2019 06 17 At 11.27.03 Am Screenshot 2019 06 17 At 11.27.27 Am Screenshot 2019 06 17 At 11.29.21 Am

Menurut Mirror, ekoran dari video ini, jurucakap restoran ini telah mengeluarkan statement dan meminta maaf atas kejadian yang berlaku kepada individu tersebut.

“Pihak dari Edinburgh memohon maaf atas apa yang berlaku pada Alix dan kami sudah pun membayar ganti rugi.

“Pihak kami sedang menyiasat perkara ini dan kami akan pastikan perkara ini tak akan berlaku lagi di masa hadapan.”

Admin pun memang suka gila pergi franchise ayam ni. Sebab sedap gila! Tapi lepas ni sebelum makan memang kena check dululah…

 

Baca: “Anak saya sekarang dah trauma!” – Kanak-kanak Tercekik Bulu Ketika Makan Kepak Ayam McDonald’s

Screenshot 2019 06 17 At 11.44.41 Am