in

“Perangai acah suci ni!” – Wanita Dikecam Buat Video Tutorial Tudung Tapi Ganggu Suami Nak Solat

Apalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Perangai acah suci ni!" - Wanita Dikecam Buat Video Tutorial Tudung Tapi Ganggu Suami Nak Solat
Loading
/

Nak jadi isteri yang solehah kenalah jaga hati suami dan jangan melawan cakapnya. Tambah-tambah pulak kalau hal berkaitan solat. Tapi bagi admin kalau sekadar nak bergurau senda dengan suami takpelah, cuma jangan ditayang kat media sosial. Takut jadi macam wanita ini.


Menerusi perkongsian di Twitter, seorang wanita jadi viral lepas dikatakan biadap dengan suaminya yang nak perform solat. Biadap macam mana tu? Haa baca di bawah!

 

“Ketepilah janganlah kacau. Orang nak buat tutorial kat sini, masa tulah abang nak solatlah, apalah..” 

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang jugak seorang instafemes ni sedang melakukan tutorial video untuk followersnya. Tapi masa dia nak buat tutorial tu, suami dia pulak nak solat di kawasan tu.

Si suami yang nampak tenang, suruh isterinya buat tutorial tudung kat tempat lain tapi isterinya macam tak nak ikut arahan tersebut pulak dan cakap suaminya sibuk serta suka mengacaunya masa tengah buat tutorial. Amboi!

“Yang buat kat situ boleh tak?” 

“Ketepilah janganlah kacau. Orang nak buat tutorial kat sini, masa tulah abang nak solatlah apalah…” 

Tapi lepas tu takdelah pasangan suami isteri ni bergaduh. Dia orang bergurau-gurau manja sambil si isteri kacau nak batalkan wuduk suaminya. Uiks! Hihihi… 

 

So tutorial tudung lagi penting dari laki dia nak solat?” 

Obviously tak semua orang suka dengan video macam ini dan netizen pun apa lagi mulalah membawang. Menurut netizen, aksi pasangan suami isteri ni tak berapa nak sweet sangat pun dan lebih kepada sikap si isteri yang dilihat macam biadap dan tak hormat suami. Iye ke macam tu? 

Bitter
sumber: twitter

 

“Tutup aurat tapi kurang ajar, takde adab” 

Isu ini jadi lagi bitter bila ada netizen yang samakan semua wanita bertudung dengan sikap perempuan di dalam video tersebut. Perangai selalu kurang ajar dengan suami dan acah-acah suci. Amboi mulut netizen, tajammm! 

Cringe
sumber: twitter

 

“Aku sorang je ke rasa dorang ni comel?” 

Macam mana pun, tak semua netizen yang kecam pasangan ni. Masih ada yang anggap mereka ni pasangan sweet dan perangai si isteri yang degil tu sekadar usik-usik manja dengan si suami. Lagipun suami dia tak marah kan? Kenapa netizen pulak yang terasa? Opss! 

Cuwit
sumber: twitter

Lebih elok kalau video begini tak ditayangkan di media sosial sebab biasalah takut beri tanggapan buruk pulak kepada orang ramai. Walhal korang suami isteri okay je tak ada masalah. 

Baca: Sebab Salah Beli Ikan Selayang, Suami Isteri Dekat Terengganu Bercerai

Ikan Selayanggg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.