Sebab Salah Beli Ikan Selayang, Suami Isteri Dekat Terengganu Bercerai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pelbagai masalah menjadi faktor berlakunya penceraian dalam kalangan umat Islam di negara kita. Namun, siapa sangka dek kerana sebab yang boleh dikatakan atau dianggap remeh ini juga boleh menjadi punca pasangan suami isteri memilih haluan masing-masing.

Menurut mStar, hanya disebabkan tersalah beli ikan selayang pasangan suami isteri di Terengganu memilih untuk bercerai.

Gambar hiasan

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata situasi itu membuktikan ada kalangan pasangan di Terengganu yang kurang pengetahuan dan jahil mengenai ilmu perkahwinan.

Selain sebab itu, beberapa faktor lain turut menjadi punca penceraian di Terengganu. Antaranya adalah campur tangan keluarga dan kurang memahami erti sebenar perkahwinan.

Mengikut laporan antara Januari hingga Jun tahun ini, berlaku peningkatan dalam kes penceraian pasangan beragama Islam di negeri itu. Sebanyak 1,219 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan berbanding 1,383 pasangan tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Gambar hiasan

Menurut Mohd Nor Hamzah, kerajaan Terengganu akan terus berusaha untuk cari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah penceraian di negeri itu.

“Kerjasama antara Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera dan Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) juga akan dilakukan bagi menilai semula 10 modul pelaksanaan program pembangunan keluarga Islam bagi menyokong usaha itu.”

Bagi pasangan bukan Islam yang statistik didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara bagi tempoh yang sama (Januari hingga Jun 2017) mengikut pecahan bagi kaum, Cina bagi lelaki adalah seramai 16 orang, India (seorang), bagi kaum Cina perempuan 21 orang, manakala kaum India, perempuan (21) dan lain-lain seorang.

Betul la kata orang tua-tua, toleransi itu sangat penting dalam rumah tangga. Suami mahupun isteri harus boleh kawal amarah dan berbincang jika berlaku perselisihan.

Baca: Lelaki Mohon Cerai Kerana Tidak Tahan Isteri Hanya Mandi Setahun Sekali

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!