Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah telah menyaksikan Real Madrid menang 1-0 ke atas Liverpool. Perlawanan yang diadakan di Paris, Perancis itu bagaimanapun telah dilewatkan kira-kira 30 minit dari jadual asal gara-gara tercetusnya huru-hara diluar stadium.
Menurut laporan ESPN, huru-hara tercetus selepas ribuan penyokong Liverpool tidak dibenarkan memasuki stadium dan pihak polis telah bertindak menyembur gas pemedih mata kepada mereka. Pada masa yang sama, penyokong Real Madrid telah memasuki dan memenuhi bahagian mereka di dalam stadium satu jam sebelum sepak mula.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Union of European Football Association (UEFA), mengatakan kekecohan yang tercetus itu adalah gara-gara penjualan tiket palsu kepada penyokong. Sistem kemasukan penyokong ke dalam stadium adalah melalui pintu putar, dan hanya dibenarkan akses kepada pemegang tiket tulen.
Untuk menghalau pemegang tiket palsu yang menghalang laluan masuk, pihak polis terpaksa dikerahkan dengan menggunakan kekerasan; dengan menyembur gas pemedih mata kepada penyokong yang membanjiri luar stadium.
Walau bagaimanapun, pihak UEFA akan menyiasat dakwaan ini dan turut bersimpati kepada mereka yang terkesan dari kejadian itu.
Baca: “Betul punya marah!” – Lelaki ‘Koyak’ Man Utd Kalah, Terus Balik Tanpa Baju