Bekas penyimpanan kultur sel dan spesimen yang telah melalui proses penyelidikan dan kajian selama 20 tahun musnah apabila seorang tukang cuci telah mematikan suis bekalan kuasa peti sejuk beku makmal Rensselaer Polytechnic Institute (RPI).
Susulan daripada kejadian berkenaan, pihak universiti telah memfailkan tuntutan bernilai AS$1 juta iaitu sekitar RM4.6 juta daripada agensi yang membekalkan petugas kebersihan tersebut.
RPI mendakwa salah seorang tukang cuci yang dibekalkan oleh agensi kebersihan berkenaan telah mematikan pemutus litar peti sejuk beku yang perlu mengekalkan spesimen pada suhu minus 80 darjah Celsius, menurut tuntutan saman yang difailkan bulan ini.

Menurut penjelasan, bekas berkenaan digunakan untuk mengkaji bagaimana tumbuhan menggunakan proses fotosintesis untuk mencipta tenaga oleh penyelidik di fasiliti berkenaan.
Selain itu, notis pada pintu bilik berkenaan dengan jelas memberi amaran bahawa peti sejuk berkenaan sedang dalam proses pembaikan dan meminta bekalan tidak dimatikan atau bekas berkenaan tidak dialihkan sebelum tukang cuci berkenaan memasuki makmal berkenaan pada 17 September 2020.
Ketika kejadian, petugas berkenaan cuba memberikan bantuan setelah terdengar bunyi penggera dan bertindak untuk memasang semula pemutus litar.

Bagaimanapun, keadaan sebaliknya yang berlaku apabila dia memindahkan pemutus berkenaan dari kedudukan “on” ke “off”.
Bekas penyejuk yang dimatikan tersebut hanya disedari oleh penyelidik siswazah keesokan hari dan cuba mengurangkan kerosakan dengan menghidupkan semula suis berkenaan.
Malangnya, kebanyakan spesimen telah terjejas, musnah dan tidak dapat diselamatkan.
Hal ini sekaligus menyebabkan usaha penyelidikan dan kajian selama lebih 20 tahun berkenaan binasa menurut saman berkenaan.
Sumber : CNN
Baca : “Matahari hitam?” – Ini 9 Fenomena Pelik & Luar Biasa Yang Korang Tak Tahu Pun Wujud!

