in

“Mulia hatinya” – Tukang Cuci Jual Tanah, Wakafkan 2 Mesin Dialisis RM 80k

Wakaf Mesin Dialisis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rela ketepikan kemewahan hidup semata-mata ingin menyumbang mesin dialisis untuk kegunaan masyarakat, pasti tidak ramai sanggup mengambil tindakan seperti itu kecuali mereka yang benar-benar ikhlas dan sanggup mengharungi sebarang kemungkinan saja.


Itulah yang dilakukan oleh seorang tukang cuci di salah sebuah pusat dialisis di Kangar, Perlis. Seorang pengguna Facebook, Izhar Azimat telah berkongsi mengenai kisah kebaikan pelanggannya itu yang dikenali sebagai Kali.

Dia seorang ‘orang’

Menurut Izhar yang juga merupakan ejen penjual tanah, Kali tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan motosikal untuk kemana-mana termasuklah pergi bercuti.

328472243 565939518749466 8185166589528193805 N

Kali telah bertemu dengannya pada tahun lepas untuk urusan penjualan tanah. Ketika itu, Izhar mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Kali tujuan penjualan tanah tersebut.

Dia mengatakan wang jualan tanah tersebut ingin digunakan sebagai sumber perbelanjaan hariannya. Bukan itu sahaja, Kali juga berkata mahu menggunakan wang yang diperoleh untuk membeli dua buah mesin dialisis dan mewakafkannya di tempat bekerjanya.

“Saya tanya, ‘nak buat apa duit jual tanah?’… Dia kata nak buat belanja. Dia juga nak beli mesin dialisis dua biji, nak wakafkan di pusat dialisis tempat dia bekerja.”

Kali juga berkongsi kepada Izhar beberapa keping gambar mesin dialisis yang telah dibelinya bernilai kira-kira RM80,000 dan sudah pun dihantar ke lokasi untuk diwakafkan.

Kisah tersebut telah meraih perhatian orang ramai dengan rata-ratanya memuji kemuliaan hatinya untuk menyumbang mesin dialisis kepada pesakit di pusat itu.

Memetik sumber Berita Harian, Kali mengatakan tidak sampai hati melihat pesakit yang datang ke pusat dialisis dan tidak mampu untuk menderma atau menyumbang kepada mereka setiap hari.

Justeru, dia merasakan dengan menyumbang mesin dialisis di situ, setidak-tidaknya ia mampu memberi manfaat kepada semua yang datang.

Baca: Miliki Harta Jutaan Ringgit Tapi Dipanggil Pengemis, Ini Kisah Ahmad Dawjee ‘Jutawan Akhirat’

Untitled Design 39

Sumber: Izhar Azimat
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.