in

PENTING! 5 Jalan Di Petaling Jaya Akan Ditutup Bermula 12 Tengah Malam Ni

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kerajaan masih lagi belum umumkan sama ada tempoh PKP akan dilanjutkan atau tak, langkah-langkah memperketatkan kawalan di beberapa tempat tetap dijalankan.


Daerah seterusnya yang akan terkesan dengan penutupan jalan adalah di sekitar Petaling Jaya. So, kalau korang tinggal dekat kawasan-kawasan ni, korang kena take note!

Assisten Komisioner Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata yang penutupan jalan ni akan bermula pada 12 tengah malam ini (10 April 2020) lapor The Star.

Pdrm Will Close These 5 Roads In Pj On 10Th April Same Day As Decision Of Mcos Extension World Of Buzz 4

Korang boleh check jalan-jalan yang akan ditutup so that tak menyusahkan korang nanti:

  1. Penchala Link susur keluar ke Mutiara Damansara
  2. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) susur keluar ke Mutiara Damansara dan Damansara Perdana
  3. LDP susur keluar ke Jalan PJU/8 Flora Damansara
  4. Jalan PJU 7/8 susur keluar ke IKEA
  5. Jalan PJU 8/1 lampu isyarat (simpang Damansara Perdana/Penchala Link/simpang Kepong)

Pdrm Will Close These 5 Roads In Pj On 10Th April Same Day As Decision Of Mcos Extension World Of Buzz 3 768X511 1

ACP Nik Ezanee turut mengatakan pemandu yang jalan harian mereka akan terganggu angkara penutupan lima jalan ini boleh menggunakan jalan alternatif seperti:

  • Jalan PJU 7/9 (stesen minyak BHP) untuk yang nak keluar ke Mutiara Damansa, Damansara Perdana, Flora Damansara menghala ke Penchala Link
  • Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara dari Damansara Perdana ke Persiaran Surian

Selain dari penutupan jalan ini, sekatan jalan raya juga akan dibuat di sekitar Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara berhampiran MRT Mutiara Damansara pada kedua-dua arah.

Penutupan jalan ini adalah untuk memudahkan kawalan dan perjalanan trafik.”

Bukan tu je, ACP Nik Ezanee turut memberi amaran yang mereka telah menangkap 17 orang sejak Selasa lalu kerana gagal mematuhi arahan PKP.

 

Baca: [TERKINI] Dua lagi Bangunan Di KL Kena Tutup. Tentera & PDRM Siap Pasang Kawat Duri Lagi!

Screenshot 2020 04 09 At 1.06.03 Pm

Sumber: Easy Ren
Sumber: Edge Prop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.