in

“Pengotor!” – Adik Kemas Bilik Kakak, Jijik Jumpa Banyak Botol Berisi Air Kencing

Feat Botol Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilik tidur yang kotor, tidak berkemas dan penuh dengan sampah-sarap itu biasa sangat kita dengar dalam kalangan masyarakat bukan?


Tapi macam mana pula dengan bilik tidur yang kotor, tidak berkemas, penuh sampah-sarap siap tersorok pula benda-benda jijik yang tak pernah kita bayangkan ‘diperap’ dalam bilik?

Nah, baru-baru ini seorang pelajar universiti yang dikenali sebagai Colleen Cameron terpaksa menghabiskan masa selama empat jam untuk membersihkan bilik tidur kakaknya yang tersangatlah kotor dan menjijikkan.

 

Botol air kencing ‘tersorok’

Bukan setakat kotor, malah dia juga terpaksa membersihkan beberapa beg plastik yang berisi baju-baju kotor termasuklah berdozen botol yang berisi air kencing yang ‘tersorok’ bawah katil!

Fuh level pengotor kakak dia nun sampai ke pluto. 

Gadis tersebut kejijikan apabila melihat bilik kakaknya itu dipenuhi dengan sampah-sarap serta berdozen ‘botol air kencing’.

Sepah 0

 

‘Rampas’ bilik adik

Lapor Daily Star, pelajar dari Massachusetts, Amerika Syarikat itu memberitahu kakaknya itu ‘merampas’ biliknya sewaktu dia sedang belajar di universiti. Disebabkan itu, dia terpaksa pula menggunakan bilik lama kakaknya yang terletak di ruang bawah tanah.

Bila saya pergi belajar di kolej, kakak ambil bilik saya dan tinggalkan bilik lamanya yang menjijikkan itu. 

Jadi sekarang saya terpaksa bersihkan bilik ini dan jadikannya sebagai bilik saya. 

Bukan setakat kotor, malah terdapat juga baju-baju kotor milik kakaknya yang ‘menggunung’ dicampakkan begitu sahaja sehingga menghalang tangga dan lantai.

Sepah 1

 

Harta karun bersepah dalam bilik

Menurut Colleen, bilik berkenaan dipenuhi dengan sampah, sisa makanan, laci-laci dan beberapa botol air minuman yang telah kosong yang berada di atas karpet.

Namun, sewaktu dia menggali dengan lebih dalam segala ‘harta karun’ yang ditinggalkan berselerakan di dalam bilik kakaknya itu, dia menjumpai lebih banyak botol air yang ‘tersorok’ di bawah katil.

Gadis berkenaan berasa sangat jijik setelah mendapati kesemua botol-botol itu dipenuhi dengan air kencing.

Kenapa banyak sangat botol-botol berisi air kencing? Sangat menjijikkan! 

Colleen terpaksa menghabiskan empat jam untuk membersihkan bilik ‘baru’nya itu dan membuang segala sampah-sarap dan barang-barang yang tidak diperlukan lagi.

Botol 0.0

Botol 0

Botol 0.1

 

Kepunyaan boyfriend kakak

Gadis itu kemudiannya mendedahkan bahawa botol-botol air kencing itu sebenarnya adalah kepunyaan boyfriend kakaknya.

Tambah gadis itu lagi, dia tidak tahu punca lelaki itu bertindak untuk kencing di dalam botol sedangkan bilik air hanya terletak di tepi bilik tidur berkenaan.

Menurutnya juga, bilik tidur lamanya yang ‘dirampas’ oleh kakaknya itu juga kini berada dalam keadaan yang bersepah.

Sakit ada ubat, pengotor tiada ubat. 

Baca: Lelaki Kantoi Buat Khianat Jirus Air Kencing Dalam Bekas Kuih Peniaga Lepas Kelakuan Dirakam CCTV Baca Jijik

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.