in

Pengawal Belajar 7 Bahasa Supaya Senang Nak Sembang Dengan Pelancong

Pengawal Hebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fuh dahsyatlah! Seorang pengawal keselamatan bernama Khairul baru-baru ni dapat perhatian media sebab dia belajar dengan sendirinya untuk bercakap dalam 7 bahasa.


Menurut WORLD OF BUZZ, abe dari Kelate ni mula bekerja di Masjid Putra, Putrajaya dalam 15 bulan lepas sebelum dia bercadang untuk belajar bahasa lain supaya dapat bersembang dengan pelancong yang datang berkunjung ke masjid tu. Waa pekerja contoh ni! 

Screen Shot 2018 08 24 At 11.56.43 Am
sumber: wob

Khairul khabarnya bekerja syif 12 jam sehari dan kadang-kadang lebih lama pada hari lain tapi perkara ni tak pernah menghalang dia untuk terus belajar bahasa baru pada setiap hari. Dia juga menganggap bahawa kepayahan dalam belajar satu-satu bahasa tu hanyalah sikap seseorang dan bukan sebab bahasa tu susah untuk dipelajari. Deep! 

Sebelum Khairul datang bekerja di Putrajaya, dia dulu hanya tahu bercakap dalam bahasa Kelantan je dan lama kelamaan rasa ramai orang susah nak faham apa yang dituturkannya. Sebab tulah kemudian Khairul belajar Bahasa Melayu baku dan lepas 3 bulan barulah dia dapat bercakap dalam Bahasa Melayu yang betul.

Sebab dia berminat sangat nak bercakap dan bergaul dengan pelancong, Khairul kemudian belajar lagi 7 bahasa iaitu bahasa Mandarin, Vietnam, Korea, Jepun, Thailand, Parsi dan Inggeris. Wah wah! 

“Masjid ini ialah destinasi pelancongan, jadi kami kena memahami bahasa mereka sebab kebanyakan pelancong tak berapa pandai Bahasa Inggeris. Untuk kemudahan mereka, kami patut belajar bahasa mereka jikalau keadaan memaksa,” kata Khairul.

Sebab Khairul tak masuk kelas formal, pemandu pelancong dan pelancong lah yang jadi cikgu pada dia. Khairul jugak akan catat setiap perkataan yang dia belajar dalam buku nota termasuklah cara sebutan dan intonasi yang betul. 

Screen Shot 2018 08 24 At 11.56.56 Am
sumber: wob

“Tak kisahlah pelancong atau pemandu pelancong, saya akan ambil inisiatif bertanya pada mereka dan mereka memang suka jawab soalan saya,” tambah Khairul lagi.

Kebiasaannya, Khairul akan bercakap bahasa yang dia baru pelajari dalam waktu seminggu supaya dia dapat biasakan diri. Dia jugak selalu ambil proses pembelajaran ni secara serius dengan belajar tatabahasa dan sebutan sesuatu bahasa tu dulu sebelum belajar frasa dan pembinaan ayat pulak. Fuh macam pro lah!  

Screen Shot 2018 08 24 At 11.57.05 Am
sumber: wob

Menurutnya, bila dia bercakap dalam bahasa yang difahami pelancong, mereka ni lebih mudah mendengar kata.

“Pelancong yang tak pakai pakaian menutup aurat kena pakai jubah yang disediakan pihak masjid. Jadi kami akan nasihatkan para wanita untuk pakai topi dan pakai baju menutup aurat sebelum masuk ke masjid,” terangnya.

Syabas Khairul! Semoga terus rajin dalam mempelajari bahasa asing yang lain. Sebenarnya tak susah pun nak belajar bahasa ni kan? Yang penting kena ada minat dan usaha!

Baca: Terbaik! Pelajar Malaysia Juara Debat Bahasa Mandarin di China 

China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.