in

Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Sampai Sawan Sebab Ibu Bapa Lewat Bayar Upah

Sampai Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dipanggil pengasuh dari neraka! Disebabkan ibu bapa bayi lambat bayar upah, seorang pengasuh tergamak mendera bayi berusia 14 bulan sampai tak sedarkan diri pada 25 Oktober lepas. 


Menurut Astro AWANI, bayi tersebut telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

 

Tak diberi makan dan minum selama tiga minggu?

Kalau tak bagi makan dalam tempoh 3 hari pun dah cukup dianggap kejam, inikan pula sengaja membuat bayi yang baru berusia setahun berlapar sampai 3 minggu. Haih ini bukan setakat kejam tapi tak berperikemanusiaan! 

Menurut laporan, akibat tidak makan dan minum yang cukup dalam tempoh 3 minggu, bayi tersebut diserang pelbagai penyakit termasuklah sawan dan jangkitan kuman pada paru-paru.

44966202 108104450187871 882422759202750464 N
sumber: facebook

Pemeriksaan perubatan jugak dapati, ada kesan lebam pada kepala kanak-kanak berkenaan. Aduh kesiannya! 

“Hasil soal siasat, suspek mengaku ada memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan botol susu di kepala sebanyak dua kali dan tangan supaya kanak-kanak itu berhenti menangis,” kata pihak polis.

 

Marah ibu bayi sebab lambat bayar upah jadi punca

Walau bagaimanapun, pihak polis telah menahan wanita yang berusia 23 tahun tu pada 27 Oktober lepas di Batu Kawa lepas mendapat laporan daripada pihak hospital.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek nekad berbuat demikian kerana marah pada ibu bayi perempuan tu yang lewat bayar upah. Sampai hati dera budak tu… bukan salah dia tapi emaknya.

44945921 108104506854532 9171630565839863808 N
sumber: facebook

Difahamkan juga, kanak-kanak tu dijaga pengasuh selama 3 minggu dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam. Kali terakhir si ibu berjumpa dengan anaknya ialah pada 23 Oktober lalu sebab terpaksa bekerja.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan bakal menerima hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hati-hatilah beri anak kepada pengasuh. Makin ramai pengasuh sekarang yang tak betul mindanya. 

Baca: Luruh jantung, inilah pengasuh tu!”

Pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.