in

Pengarah Selit Elemen K-Drama Dalam Kisah Cinta Kita, Scene DOTS & The Heirs Paling Win!

page kck new

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita bercakap mengenai drama Melayu, storyline dan juga tema yang dibawa seakan boleh dijangka oleh penonton kerana hampir kesemua cerita mempunyai idea yang berulang dan tipikal.

Namun, sejak kebelakangan ini, drama-drama Melayu yang ditayangkan boleh dikatakan mempunyai jalan cerita yang agak berbeza dan menampilkan sesuatu yang fresh untuk menarik lebih ramai penonton.


Menurut K! Online, demi mencari kelainan, pengarah bagi drama Kisah Cinta Kita yang sedang ditayangkan ketika ini iaitu Muhamad Riza Baharudin berani untuk menyahut cabaran dengan menyelitkan beberapa scene yang famous dari K-drama!

Kisah Cinta Kita

Ini antara scene yang diadaptasikan dalam drama tersebut:

Descendants of The Sun (DOTS): Scene sambut telefon bimbit

Peminat K-drama mesti familiar dengan scene ni kan? Mana taknya, aksi dari Song Joong-ki dan Song Hye-kyo buat ramai teruja sebab Joong-ki dapat tangkap telefon bimbit daripada jatuh ke tanah.

Kisah Cinta Kita juga menggunakan babak ini sebagai salah satu elemen untuk menjadikan ia lebih realistik dengan jalan cerita.

@nsndcmo

which one? #descendantofthesun #dots #songjongki #kdrama #mdrama #kisahcintakita

♬ original sound – ○△□ – Kdrama

The Heirs: Scene tarik getah rambut

Suatu ketika dulu, chemistry yang ditunjukkan oleh Lee Min-ho dan juga Park Shin-hye pernah buat ramai tergila-gila dalam babak di mana Lee Min-ho menarik getah rambut Park Shin-hye kerana tidak suka melihat dia mengikat rambutnya.

Sama juga seperti dalam Kisah Cinta Kita ni! Nak tahu sama ke tak, korang boleh tengok dalam video TikTok kat bawah ni.

https://www.tiktok.com/@iamnaziera/video/7036556875072015642?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8B50l81KghY4TsOrrLTHRBoLfFvbypZQaOg4Ws6amcFGDsqevFfjgDuf1xKQ18cLM4EVAw%2BpveAKP7k7KGgA%3D&language=en&mid=7031451979708697371&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7036556875072015642&share_link_id=788954a5-34be-4e88-951c-2e7e786518dd&source=h5_t&timestamp=1639365505&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Riza akui, dia menggunakan babak dari DOTS untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik namun katanya lagi dia tidak menjangkakan ada juga beberapa babak lain yang dikatakan turut dimasukkan dalam drama tersebut.

“Sebenarnya satu babak DOTS sahaja yang saya ambil, jika ada yang sama hanya kebetulan” – Riza

Disebabkan itu, Riza turut memuji dan berterima kasih kepada dua pelakon utama drama tersebut iaitu Aedy Ashraf dan juga Amelia Henderson kerana berjaya melakonkan dan menghidupkan watak mereka dengan baik.

Korang dah tengok belum siri ni? Min tak sempat lagi… Tapi kawan dah mula hasut ni untuk sama-sama join tengok… Aigoo…

Baca: Korang Kena Tengok 8 Drama Korea Ini Sebelum Tahun 2021 Berakhir!

untitled 2 7

Sumber: Myinfotaip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.