in

Pengantin Perempuan Ini Curi Tumpuan Ramai, Datang Ke Majlis Kahwin Dengan Pandu Traktor!

F4 Tp E1654315253912

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Budaya menyambut pengantin dengan kereta kuda, usungan atau tandu memang sering dilakukan di kebanyakan negara sebab budaya ini wujud di banyak tempat. Dekat Malaysia pun selalu jugak kita tengok kan kalau pergi majlis kenduri.

Namun, bagi seorang pengantin perempuan di Madhya Pradesh, India ini pula memandu sendiri traktor untuk ke majlis perkahwinannya, lapor NDTV.


Ppm 13

Pengantin yang dikenali sebagai Bharti Tagde itu telah ditemani oleh dua orang abangnya menaiki traktor berkenaan sambil memakai baju pengantin. Lagi cool, dia siap pakai kaca mata hitam lagi tau. 

Tindakannya memandu sendiri traktor itu telah mencuri tumpuan tetamu majlis dan videonya sempat dirakam oleh mereka yang hadir.

Difahamkan, pengantin berkenaan mengatakan dia memandu traktor di majlis itu sebab mahukan kelainan. Dapat dilihat yang bahagian depan traktor itu juga telah dihias dengan bunga-bungaan.

Ppm 12

Namun, ini bukanlah kali pertama pengantin perempuan mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain ketika majlis perkahwinan mereka sendiri kerana sebelum ini juga, ada seorang pengantin perempuan yang menunggang kuda sambil memegang pedang di sebelah tangannya untuk ke rumah pengantin lelaki.

Memang betul-betul strong women ni. 

Sumber: NDTV, Twitter @Anurag_Dwary

Baca: [VIDEO] Wanita ‘Selamba Badak’ Lalu Tengah Majlis Perkahwinan Orang Pakai Motor 

Ppm 10

Sumber: NDTV
Sumber: NDTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.