in

Penduduk Kampung Buat ‘Matahari’ Sendiri Sebab Tak Sanggup Bergelap 3 Bulan

2Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkampungan di pedalaman Itali nekad untuk mencipta sendiri matahari. Hal ini kerana pekan Viganella tidak menerima sinaran matahari selama 3 bulan dalam setahun dek kerana terlindung dengan Pergunungan Alps.


Screenshot 2021 08 28 At 12.36.19 Pm

Untuk mengatasi masalah tiada matahari selama 90 hari tersebut, penduduk di situ telah membuat sendiri matahari secara beramai-ramai. Bermula pada tahun 2006, penduduk Viganella telah membuat satu cermin besar menggunakan kepingan logam. Matahari ciptaan mereka itu berukuran kira-kira 8 kali 5 meter dan ditempatkan di tempat yang tinggi untuk membiaskan cahaya matahari ke arah pekan berkenaan.

Screenshot 2021 08 28 At 12.35.21 Pm

Memetik laporan News 18, ‘matahari’ ciptaan penduduk itu juga boleh dikawal menggunakan komputer dan akan mengikuti pergerakan matahari bagi menyinari penduduk di situ

Screenshot 2021 08 28 At 12.35.12 Pm

Dalam satu video Tiktok @dr.karanr, beliau ada menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pembinaan ‘matahari’ oleh penduduk di situ dari sudut sains. Korang boleh tengok video tu kat bawah ni.

@dr.karanr

The town of darkness #italy #schoolwithdrkaran #learnontiktok

♬ original sound –

Nasib baik lah negara kita ni sentiasai disinari cahaya matahari. Tapi tu lah, panas sangat pulak kan.

 

Baca: “Subhanallah, cantiknya! -Viral! Netizen Kongsi ‘Momen Indah’ Fenomena Halo Di Socmed

Screenshot 2021 08 28 At 12.44.07 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.