in

Peminat Taylor Swift Pecah Rekod, Berjaya Teka 34 Lagu Penyanyi Kegemaran Berdasarkan Lirik Dalam Masa 1 Minit

Taylor Swift

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift yang popular dengan lagu-lagunya yang enak didengar seperti Love Story, Cruel Summer, Bad Blood dan banyak lagi.

Apabila popular, sudah tentu peminat-peminatnya pun datang dari pelbagai negara kan.


7 1 2

Baru-baru ini, seorang peminat tegar Taylor Swift telah berjaya memecahkan rekod apabila dia berjaya meneka sebanyak 34 lagu Taylor Swift dalam masa seminit berdasarkan lirik lagu sahaja.

Memetik laporan Guinness World Records, peminat Taylor Swift yang dikenali sebagai Bilal Ilyas Jhandir dari Pakistan itu telah berjaya meneka 34 buah lagu Taylor Swift, sekali gus memecahkan rekod yang pernah dicipta oleh Dan Simpson dari United Kingdom pada tahun 2019.

6 4

Artikel Berkaitan: Pusat Tuisyen Tawar 2 Tiket Konsert Taylor Swift Untuk Pelajar Yang Dapat Markah Tinggi Dalam Ujian

Artikel Berkaitan: Ini Mungkin Sebab Kenapa Artis Luar Negara Lebih Suka ‘Perform’ Di Singapura Berbanding Malaysia…

Bilal, 20 tahun mengatakan dia telah lama meminati lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Taylor Swift sejak berusia 13 tahun lagi,

Dia juga mendengar lagu-lagu Swift setiap hari dan boleh dikatakan dia mampu mengenal pasti lagu penyanyi itu walaupun hanya mendengar beberapa patah perkataan dari lirik lagu-lagu tersebut.

Walaupun sering mendengar lagu-lagu Taylor Swift setiap hari dan mengingat setiap lirik lagu, namun Bilal mengakui bahawa dia tetap membuat persediaan yang rapi selama 13 minggu sebelum percubaan untuk memecah rekod meneka lagu-lagu tersebut.

8 1 2

Ini kerana tak mudah untuk dirinya meneka lagu-lagu itu kerana ketika mahu memecah rekod dunia itu, lagu-lagu Taylor Swift itu telah dibaca oleh seorang lelaki tanpa muzik.

Untuk pengetahuan anda, meneka lagu-lagu Taylor Swift ini bukanlah rekod pertama Bilal kerana sebelum ini, pada tahun lalu, dia juga pernah memecah rekod dengan meneka lagu-lagu Justin Bieber berdasarkan lirik dalam masa seminit.

Manakala pada tahun 2021 pula, dia berjaya meneka bunyi haiwan paling banyak dalam masa seminit.

Memang Swiftie sejati dia ni! 

Sumber: Laman web Guinness World Records

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.