in

“Untung RM30K” – Bawa Fans Ke Konsert Taylor Swift Naik Bas, Netizen Puji Bisnes Lelaki Ini

Konsert Taylor Swift Untung Bisnes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak tahu seseorang itu pandai berbisnes atau tidak, korang tengok cara bagaimana mereka mencari peluang dan keuntungan dalam satu situasi.

Contohnya seperti seorang lelaki ini yang telah memanfaatkan konsert Taylor Swift, The Eras Tour yang diadakan di Singapura sebagai satu peluang perniagaan.


Artikel berkaitan: Pakai T-Shirt Unik, Lelaki Ini Sanggup Belanja RM10K Untuk Teman Isteri Ke Konsert Taylor Swift di Singapura

Artikel berkaitan: Penari Taylor Swift Jadi Perhatian, Sebut ‘No lah’ Ketika Persembahan Konsert Di Singapura

Bawa fans naik bas tengok konsert di Singapura 

Menerusi perkongsian dari BFM radio, lelaki bernama Amirul Sufi ini merupakan seorang penganjur bas persiaran konsert.

Tugasnya adalah menganjurkan trip bagi membawa peminat dari Malaysia untuk ke konsert ‘The Eras Tour’ yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Menurut Amirul, dia bukan sahaja menganjurkan rombongan konsert The Eras Tour semata-mata, namun apa-apa sahaja jenis event yang mendapat sambutan ramai tak kiralah sama ada di Singapura, Johor Bahru ataupun di Pulau Pinang.

Era 1

Untung sehingga RM30,000 per konsert?

Bermodalkan RM10,000, Amirul menjelaskan bahawa dia telah menggunakan keuntungan dari trip pertamanya untuk mengadakan trip yang seterusnya.

Malah dia juga mengakui mengaut keuntungan di antara RM25,000 – RM30,000 bagi konsert Taylor Swift ini. Wah banyak tu!

Revenue 1

Namun keuntungan yang banyak juga memerlukan pelaburan yang banyak dari segi kos operasi seperti bas-bas yang disewa serta servis yang diberikan terhadap pengguna.

Amirul menjelaskan bahawa satu bas yang disewa bernilai RM4,000 dan bagi trip ini dia memerlukan sebanyak 8 buah bas yang secara keseluruhannya bernilai RM12,000.

Namun apa yang paling penting baginya adalah layanan terhadap pelanggan atau customer service yang diberikan kepada mereka yang menggunakan khidmatnya untuk menyertai rombongan ini.

Kebanyakan dorang akan menjawab soalan berkenaan perjalanan, proses ICA dan CIQ di Imigresen. 

“Tukar outfit kat mana? Make up kat mana? Makan kat mana? Saya menjawab kadang-kadang. Tapi saya ada banyak perkara nak fikir, saya bagi customer service saya yang jawab,” katanya.

@amirulsufi0

Additional bus for 7 and 9 mac only . Go and back safely with us. Ws me on 01111542622 .

♬ original sound – S o n g ✨ – S o n g ✨

Dalam pada itu, Amirul juga sempat menunjukkan kemudahan yang ada di dalam basnya termasuklah kerusi bas yang selesa dan USB port yang disediakan di setiap kerusi.

Video tersebut mendapat maklum balas netizen yang baik malah mereka yang menyertai rombongan bas berkenaan juga memuji servis yang disediakan Amirul.

Menurut pelanggannya, mereka juga tidak perlu berhabis duit untuk menempah hotel dan sebagainya untuk konsert tersebut dan sebaliknya boleh pergi dan balik pada hari yang sama.

Concerntttt

Syabas anak muda! Semoga terus sukses dan buat rombongan untuk trip-trip konsert yang lain pulak ye. 

Sumber: TikTok, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.