in

Ini Mungkin Sebab Kenapa Artis Luar Negara Lebih Suka ‘Perform’ Di Singapura Berbanding Malaysia…

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, ramai betul rakyat Malaysia yang turut sama berebut tiket untuk menghadiri konsert Taylor Swift yang bakal diadakan di Singapura pada tahun 2024 selepas penyanyi ini mengumumkan yang konsertnya itu akan diadakan selama enam malam di negara tersebut.


Bukan itu sahaja, ramai juga yang kecewa apabila gagal membeli tiket Coldplay yang bakal diadakan pada 22 Disember ini di Kuala Lumpur. Di media sosial ramai yang merayu supaya kumpulan ini menambah satu lagi malam di Malaysia namun Coldplay menghampakan ramai bila dia menambah sebanyak lima tarikh extra di Singapura.

Ekoran ini, ramai yang mula mempersoalkan kenapa artis-artis ini memilih untuk membuat persembahan di Singapura berbanding di Malaysia. Sebab kalau ikutkan, Malaysia bukannya tak menarik untuk dilawati, malah ada banyak nama-nama besar yang pernah membuat persembahan di sini sebelum ini.

Tapi kenapa akhir-akhir ni mereka lebih memilih untuk membuat persembahan di Singapura? Apa kurangnya Malaysia dan apa lebihnya Singapura? Pengasas dan CEO Livescape Group, Iqbal Ameer jelaskan beberapa sebabnya…

1. Terlalu banyak proses

B5C8D54D Blackpink Twitter 070323

Untuk pengetahuan korang, Livescape Group ini beroperasi di Malaysia, Singapura dan Indonesia serta menguruskan banyak persembahan di negara-negara lain seperti di China, Vietnam dan Australia.

Tapi menurut Iqbal, Malaysia adalah negara yang paling susah untuk membuat apa-apa acara kerana sistem yang tak berubah sejak bertahun-tahun.

Bagi mendapatkan kebenaran untuk membuat persembahan di sini, mereka perlu melalui pelbagai proses yang melibatkan beberapa agensi dari polis, bomba sehinggalah ke Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Setiap agensi ini pula mempunyai aspek-aspek yang berlainan yang mereka perlu nilaikan menjadikan perkara ini susah untuk penganjur bagi mendapatkan kelulusan kesemua badan yang terlibat.

Tambah Iqbal, proses yang panjang seperti ini mungkin sesuai untuk orang dari luar negara yang mahu membuat perniagaan kekal di Malaysia seperti membuka restoran.

Acara dan hiburan live ini pula singkat, masuk dan keluar. Tapi kita masih ikut sistem yang sama. Kita perlu bercakap dengan badan berlainan dan itu adalah benda pertama yang buatkan perkara ini susah.”

2. Garis panduan Puspal

1703421

Kalau korang nak tahu, garis panduan Puspal untuk artis luar negara yang mahu membuat persembahan atau perfileman di Malaysia ini mempunyai sebanyak 74 mukasurat yang memberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat ketika berada di Malaysia manakala garis panduan di Singapura pula hanya ada 4 mukasurat.

Iqbal berpendapat, garis panduan Malaysia ini panjang kerana ia lebih memfokuskan tentang perkara yang tidak boleh dibuat.

Kita cuba untuk jadi sangat specific dan pastikan semua aspek diambil kira supaya tak ada yang tercicir manakala Singapura pula mengambil pendirian yang berlainan di mana ia fokus kepada keselamatan dan memastikan ia memberi manfaat kepada negara.

“Namun begitu, orang yang bekerja di Puspal telah mencuba yang terbaik untuk memahami penganjur dan apa yang mereka perlu lakukan.”

3. Politik

Bieber Concert Photo Credit Getty

Selain dari proses yang panjang, Iqbal turut mengatakan bahawa politik juga turut memainkan peranan yang besar dalam perkara ini. Lebih-lebih lagi bila ahli politik turut mengambil kesempatan terhadap konsert artis luar negara ini untuk kepentingan mereka.

Tak cukup dengan itu, media juga turut memainkan peranan dalam menyebarkan agenda politik ini. Orang yang membaca mengenai agenda ini pula ada antaranya pekerja kerajaan yang ditugaskan untuk meluluskan permohonan konsert artis luar negara.

Ia akan menukar sentimen orang yang membacanya. Kalau saya baca persembahan live ini boleh meruntuhkan moral dan saya tengok video membuktikan perkara tersebut selama 12 bulan, saya akan mula percaya benda yang sama.”

Jadi, Iqbal mengatakan bahawa Malaysia perlu membuat perubahan seiring dengan negara-negara luar. Ini kerana, industri hiburan boleh menjadi antara penyumbang untuk ekonomi dan industri pelancongan terbesar untuk negara.

Negara seperti Singapura, Hong Kong, China dan Australia sedar dengan kepentingan hiburan terhadap negara jadi badan kerajaan, syarikat swasta dan penganjur semua bekerjasama kerana mereka tahu jika sesuatu acara itu berjaya ia turut memberikan manfaat kepada semua orang.

Sumber: TRP

 

Baca: “Untung orang Singapura” – Peminat Malaysia Cemburu Negara Jiran Dapat 6 Konsert Coldplay, Taylor Swift

Screenshot 2023 07 10 At 3.12.56 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.