in

Penari Taylor Swift Jadi Perhatian, Sebut ‘No lah’ Ketika Persembahan Konsert Di Singapura

F4 Penari Taylor Swift Sebut No Lah Ketika Konsert Di Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, telah bermulanya hari pertama konsert The Eras Tour penyanyi popular Amerika Syarikat, Taylor Swift di negara jiran kita iaitu Singapura. Memang meriah bila kita tengok peminat-peminat Taylor Swift berkongsikan video mereka di konsert tu semalam di platfform media sosial TikTok dan X. 


Namun, salah seorang penari Taylor Swift telah menjadi perhatian ramai apabila dia menyebut ‘No lah’ ketika persembahan konsert Taylor Swift itu.

Dalam video yang tular di akaun X The Eras Tour Singapore, difahamkan, ketika itu Taylor Swift sedang menyanyikan lagu popularnya yang bertajuk ‘We Are Never Ever Getting Back Together’.

Selepas Taylor menyanyikan lirik lagu itu, ‘Ugh, so he calls me up and he’s like, “I still love you, And I’m like, “I just, I mean, this is exhausting, you know? Like, we are never getting back together”, dia kemudiannya menyua mikrofonnya kepada penarinya yang sedang berada di sisinya dan penari tersebut kemudiannya mengatakan ‘No lah’.

9 1

Artikel Berkaitan: Ini Mungkin Sebab Kenapa Artis Luar Negara Lebih Suka ‘Perform’ Di Singapura Berbanding Malaysia…

Artikel Berkaitan: “Untung orang Singapura” – Peminat Malaysia Cemburu Negara Jiran Dapat 6 Konsert Coldplay, Taylor Swift

Ini kerana, kita sedia maklum bahawa rakyat Singapura dan Malaysia sememangnya gemar menambah perkataan atau partikel ‘lah’ di belakang ayat untuk menegaskan maksud ayat dalam bahasa Melayu. Contohnya, jom lah, mari lah, tak nak lah dan sebagainya.

Jadi, apabila penari Taylor Swift menyebut perkataan yang sering disebut oleh penduduk Singapura, penonton-penonton konsert tersebut yang datang dari seluruh pelusuk Asia seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina pun menyorak dengan kuat kerana terkejut Taylor Swift tahu tentang perkataan dan ayat yang sering digunakan oleh warga Singapura dan jirannya.

Untuk pengetahuan anda juga, ketika konsert tersebut, Taylor Swift turut berkongsi bahawa ibunya, Andrea Swift pernah membesar di Singapura ketika ibunya masih kanak-kanak.

https://www.tiktok.com/@swiftchicfinds1989/video/7341757323691429166

Sumber: X @TSTheErasTourSG

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.