Siapa sahaja tak kenal dengan penyanyi pop sensasi Hollywood, Taylor Swift. Terkenal dengan lagu-lagu chart topping seperti Love Story, Fearless dan Trouble, Taylor Swift kini memegang rekod bagi artis wanita paling banyak memenangi Billboard Music Award.
Peminat Taylor Swift dikenali sebagai Swifties dan mereka diiktiraf oleh media-media antarabangsa sebagai salah satu kelab peminat terbesar dan paling setia.
Artikel berkaitan: Kelab Bola Sepak UK Nafi Khabar Angin Taylor Swift Bakal Beli Kelab
Artikel berkaitan: Pusat Tuisyen Tawar 2 Tiket Konsert Taylor Swift Untuk Pelajar Yang Dapat Markah Tinggi Dalam Ujian
Pun begitu, ada yang berpendapat Swifties ini boleh menjadi terlalu obses seperti yang tular baru-baru ini di mana sekumpulan peminat pelantun lagu Fifteen itu di Indonesia bertindak berarak bagi ‘menyambut’ album baru 1989 (Taylor’s Version).
?| Indonesian swifties march in honor of “1989 (Taylor’s Version)”!
— The Eras Tour (@tswifterastour) October 29, 2023
1989 (Taylor’s Version) merupakan album keempat yang dirakam semula oleh Taylor Swift, ia dikeluarkan pada 27 Oktober 2023, melalui Republic Records.
“Tak malu ke?”
Mereka kelihatan memakai baju serba biru sambil menyanyikan lagu Blank Space dan berarak di sekitar bandaraya Jakarta.
Tindakan sekumpulan Swifties itu mengundang perasaan tidak senang beberapa orang netizen, lebih-lebih lagi dengan adanya konflik di Palestin.

Hmm, korang rasa okay ke buat macam ni?
Sumber: X
