in ,

“Pemimpin sibuk rebut kuasa, rakyat hidup susah” – Pendidik Ni Kongsi Kisah Murid Dan Seluar Sukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah kita yang mempunyai banyak pakaian sampai kadang-kadang tak terpakai pun. Korang kena bersyukur sebab ada antara kita yang mengalami kekurangan macam yang diceritakan oleh seorang cikgu ni.


Menurut Syafaat Nasir melalui Twitternya, seorang pelajarnya datang ke latihan olahraga dengan hanya memakai seluar sekolah.

Rupanya murid tersebut berkata dia berkongsi seluar sukan dengan adiknya. Jadi, hari tu merupakan giliran adiknya pulak untuk pakai seluar sukan sebab adiknya ada kelas PJ.

Jadi, terpaksalah dia pakai seluar sekolah. Sebak pulak kami baca.

Cikgu tersebut kesal sebab pemimpin sekarang ni macam pentingkan kuasa daripada selesaikan masalah masyarakat macam ni.

Pelajar itu merupakan bekas murid di sekolah yang dia pernah mengajar dulu, jadi dia terjumpa balik di sebuah latihan olahraga yang menghimpunkan murid-murid daripada sekolah lain.

Netizen juga prihatin dengan masalah murid tu dan ramai yang telah memberikan sumbangan untuk gembirakan adik ni. Ada yang bagi KFC, stokin dan seluar sukan. Baiknya hati masyarakat kita ni. 

Jadi, korang kalau berkemampuan, banyakkanlah tolong kanak-kanak yang memerlukan. 

 

Baca: “Tak perlu jadi kaya untuk buat baik…” – Geng Rider GrabFood Sedekah Makanan Dekat Homeless Guna Duit Sendiri 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.