in

Pembebasan Aryan Khan: Shah Rukh Khan Sambut Anaknya Di Penjara

3Srk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal bulan ini, peminat Bollywood dikejutkan dengan berita penahanan anak kepada bintang terkenal, Shah Rukh Khan. Aryan Khan, ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi rakannya oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai dan telah dimasukkan ke dalam penjara.


Pada Khamis lalu, keputusan Aryan Khan dibebaskan dengan ikat jamin diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Bombany atas tuduhan melibatkan dadah.

Screenshot 2021 10 30 At 2.16.22 Pm

Menurut laporan Sinar Harian, kesesakan trafik luar biasa dilaporkan berlaku sekitar Penjara Arthur Road di Mumbai, India. Shah Rukh Khan dan isteri, Gauri Khan juga dilaporkan berkunjung ke penjara itu bagi meyambut pembebasan Aryan Khan.

Selama 26 hari ditahan, Aryan Khan ditempatkan di Penjara Arthur Road selepas pihak berkuasa bertegas mendakwa terdapat bukti bahawa anak bintang terkenal Bollywood itu terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah bersama rakan-rakannya di atas sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober lalu.

Screenshot 2021 10 30 At 2.15.24 Pm

Selepas 26 hari ditahan, berita pembebasan Aryan Khan dengan ikat jamin itu disambut Shah Rukh Khan dengan air mata kegembiraan.

Shah Rukh Khan juga menghiasi rumahnya dengan dekorasi cahaya bagi menyambut kepulangan anak sulungnya itu.

Sumber: Sinar Harian

Baca: “Dia nampak je tenang” – Shah Rukh Khan Tertekan Anak Masih Dalam Penjara, Tak Lalu Makan Dan Tak Tidur

Screenshot 2021 10 30 At 2.13.20 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.