in

Pemandu Teksi Dikecam Netizen Selepas Muatnaik Gambar Buah Dada Penumpang Menyusukan Anak

D1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemandu teksi di Hong Kong baru-baru ini dikecam netizen selepas beliau mengambil gambar menampakkan buah dada penumpangnya yang pada ketika itu sedang menyusukan anak.


Lebih teruk lagi, beliau memuatnaik gambar tersebut! 

Menurut Apple Daily, pemandu teksi bernama Chow itu kini dihentam hebat oleh pengguna Facebook selepas beliau memuatnaik gambar itu tanpa censor di sebuah group Facebook pemandu teksi Hong Kong pada hari Sabtu lebih kurang jam 5 pagi dengan caption, “Are you serious?”

D1

Rata-rata netizen memarahi Chow dan berkata beliau telah melanggar hak privasi. Anggap jela penumpang tu terdesak, anak dia lapar sangat tu…

“Dah tengok buah dada dia, boleh pula ambil gambar dan sebarkan di internet? Memang keji dan tiada adab!”, kata seorang netizen

Seorang lagi berkata, “Apa yang istimewa sangat tentang aktiviti penyusuan sehingga perlu mengambil gambar? Bayi juga perlu makan macam awak, apa yang terkejut sangat sampai perlu curi-curi ambil gambar?”

D4
gambar hiasan

Terlalu ramai yang menyelar tindakan dan sikap tidak profesional Chow, malah turut menggelar lelaki itu sebagai seseorang yang ‘memalukan pemandu teksi yang lain’.

 

Chow bagaimanapun memadam semula post tersebut dan memuatnaik semula gambar tersebut, tetapi kali ini ia telah ditapis! Sama je, orang memang dah tengok yang asli kan…

Dalam masa 13 jam kemudian, beliau menukar nama Facebook serta butiran tentang dirinya. Chow menulis bahawa beliau adalah anak jati Tai O yang sudah memandu van serta teksi selama 28 tahun.

D2
gambar hiasan

Siasatan sedang dilakukan pihak polis dan menurut sumber, Chow juga telah menyahaktifkan akaun Facebook miliknya. Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk hubungi talian jenayah komersil dan teknologi bagi membantu siasatan. Kan tak pasal-pasal dah jadi kes polis.

Menurut ahli parlimen Helena Wong, Chow bukan sahaja didakwa mencabul privasi mangsa, tetapi perbuatannya itu juga dikira sebagai gangguan seksual. 

Wong berkata meskipun kerajaan telah melancarkan kempen menggalakkan penyusuan susu ibu, namun masih terdapat kekurangan kemudahan untuk ibu-ibu menyusu serta kurangnya kesedaran menyebabkan masih ramai penduduk di Hong Kong masih menyusukan anak secara terang-terangan.

Taxi Stock Photo Myriam Tsen Kung Coconuts Media
gambar hiasan

Peguam Albert Luk pula berkata Chow boleh didakwa mengakses komputer dengan niat jenayah/tidak jujur yang akan dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun atau didakwa mencabul kesopanan awam, yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.