in

Pelanggan Mabuk Belasah Pelayan Kedai Mamak Lepas Ditegur Ambil Lauk Guna Jari

Ft Pelayan Dibelasah Pelanggan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu video sejak semalam memperlihatkan seorang lelaki disyaki mabuk mengamuk dan menyerang pelayan kedai makan di Cyberjaya sejak semalam. Dalam video tersebut dilihat suasana kecoh dan ia dikatakan berpunca daripada teguran daripada pelayan kedai makan itu kerana lelaki tersebut mengambil makanan menggunakan jari.


Susulan itu, menerusi Sinar Harian, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mereka dapat makluman mengenai kejadian itu daripada pengurus kedai makan terkenal kira-kira jam 7.30 petang.

 

Mengamuk sebab kena tegur ambil makanan guna jari

Menurut Wan Kamarul Azran, pengurus yang berusia 48 tahun terus bergegas ke premis dan mendapati ada barangan telah dirosakkan seperti pinggan dan lauk juga tercemar dan terpaksa dibuang.

Screenshot 2023 03 17 184054

“Siasatan awal polis mendapati tiga lelaki tempatan datang ke restoran terbabit untuk makan. Salah seorang daripada lelaki itu kemudian telah menggunakan jarinya untuk mengambil lauk di bahagian nasi kandar dalam keadaan mabuk.”

“Kemudian pekerja premis telah menegur supaya tidak membuat sedemikian.”

Tambah beliau, suspek telah bertindak agresif dengan memukul pekerja premis akibat ditegur. Malah, salah seorang suspek juga turut menggunakan penyepit makanan besi untuk memukul mangsa di bahagian kepala dan badan.

Screenshot 2023 03 17 184025

Oleh itu, polis telah menahan tiga orang suspek yang berusia dalam lingkungan awal 50-an itu dan semakan polis mendapati bahawa dua daripada suspek mempunyai jenayah rekod dan dadah.

“Penahanan pertama dibuat pada jam 1.40 pagi di pekarangan Balai Polis Cyberjaya manakala dua lagi ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 10 pagi.”

“Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 324, Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Boleh tengok video penuh disini.

Baca : Tular Video Pakcik Mengamuk Atas Jalan Sambil Pegang Sabit, Polis Berjaya Tahan Suspek

Pakcik Mengamuk Sabit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.