in

Tular Video Pakcik Mengamuk Atas Jalan Sambil Pegang Sabit, Polis Berjaya Tahan Suspek

Pakcik Mengamuk Sabit

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Semalam, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pakcik kelihatan bertindak di luar kawalan dengan mengamuk dan memecahkan cermin sebuah kereta dekat Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut Harian Metro, pengguna jalan raya di hadapan pejabat MARDI Daerah Pasir Puteh itu dikejutkan dengan amukan lelaki berkenaan yang berlaku sekitar jam 9.10 pagi (Khamis).

Pecahkan cermin kereta, menjerit mengaku diri tuhan

Menerusi video yang tular di TikTok, lelaki tersebut dilihat memecahkan cermin hadapan sebuah kereta jenis Avanza menggunakan sebilah sabit, sebelum berlari ke arah sebuah lori dan cuba memecahkan cermin kenderaan itu pula.

Kelihatan juga pemandu lori dan kelindannya berlari keluar dari kenderaan kerana bimbang akan keselamatan diri masing-masing.

Amuk 1

Amuk 2

Menerusi satu lagi video yang dikongsikan di Twitter, lelaki tersebut dilihat telah berjaya ditenangkan oleh sekumpulan orang awam.

Pakcik berkenaan yang dibaringkan ke atas jalan raya kedengaran menyebut dirinya sebagai ‘tuhan’ walaupun sudah ditenangkan oleh beberapa individu di situ.

Pakcik

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, suspek yang berusia 49 tahun itu telah mengamuk menggunakan sabit dan merosakkan kereta di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, tiada orang awam dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Suspek yang bekerja sebagai tukang kebun itu kemudian berjaya ditangkap 20 minit kemudian.

“Suspek pernah ditangkap mengamuk pada tahun 2019 dan dia mempunyai sakit mental. 

“Kita berharap tiada pihak membuat sebarang spekulasi tidak benar berhubung video yang tular,” katanya lagi.

Kita doakan semoga pakcik tersebut diberi kesembuhan… 

Baca: Tular Video Wanita Dikepung Sebab Curi Duit, Rupanya Ada Masalah Mental

Tangkap

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: Twitter