in

Pelakon Hong Kong Ditahan Di ‘Airport’ Kerana Didakwa Terlalu Cantik

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je suka kalau kita ditahan di lapangan terbang oleh pegawai imigresen. Sudah tentu akan berlaku apa-apa yang mendatangkan was-was daripada pegawai tersebut dan meminta untuk kita ke sebuah bilik untuk diperiksa lebih lanjut. Seriau kan?


Itulah apa yang dihadapi oleh seorang pelakon antarabangsa yang berasal dari Hong Kong, Gillian Chung apabila ditahan dan disoal siasat oleh pegawai imigresen di sebuah lapangan terbang di Belgium.

Pelakon Hong Kong ditahan di lapangan terbang kerana didakwa terlalu cantik

Pelakon yang berusia 41 tahun itu telah berkongsi pengalaman tersebut di dalam satu rancangan realiti Promise for You semasa ditanya mengenai pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan olehnya.

Screenshot 2022 09 23 At 5.11.47 Pm

Semasa temuramah tersebut, Gillian menceritakan bahawa dia merancang untuk ke Belgium bagi menghadiri majlis perkahwinan temannya namun ditahan di lapangan terbang selepas pesawat dinaikinya transit di Jerman.

Dia juga mendakwa bahawa sebab pegawai imigresen itu ditahan kerana mereka berdua terlalu cantik dan muda.

“Hanya disebabkan saya dan seorang lagi teman perempuan saya masih muda dan cantik, mereka sangka kami terlibat dengan perkara yang salah di sisi undang-undang.”

Dia juga telah menerangkan kepada pegawai selebriti terbabit bahawa dirinya seorang selebriti namun tidak dilayan malah masih meneruskan soal siasat.

“Ketika itu, saya mengejar pesawat seterusnya, tiada makanan dan tidak ditempatkan dalam bilik khas. Sebaliknya saya ditahan… memang tidak bernasib baik..”

Kesian pula min dengar cerita artis ni…Tak pasal-pasal kena hadapi peristiwa yang mendebarkan…

Baca: “Cantik betul!” – Ramai Teruja Lihat Kemunculan Pertama Sultanah Kelantan

Screenshot 2022 09 23 At 5.44.15 Pm

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.