in

Pelajar Sekolah Rendah Buat Protes Lepas Kantin Hentikan Jualan Susu Coklat

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amalan protes atau perhimpunan aman adalah satu bentuk bantahan untuk meluahkan rasa tidak puas hati sesebuah kumpulan terhadap sesuatu isu.


Baru-baru ini, sekumpulan pelajar sekolah rendah di California, Amerika Syarikat dilaporkan membuat protes selepas menu kegemaran mereka, susu coklat tidak lagi disediakan dalam menu makan tengah hari.

1 3

2 4

Tadika Vacaville dilaporkan menghentikan jualan susu coklat kerana kandungan gulanya yang tinggi. Jelas pelajar yang terkesan dengan ketiadaan susu coklat ini, mereka akan buat apa sahaja untuk memberi mesej kepada pihak atasan tentang isu ini.

3 4

4 4

Isu susu coklat ini menjadi lebih serius apabila para pelajar berkumpul dan membuat protes di kawasan perkarangan sekolah agar orang ramai boleh melihat mesej mereka. Turut kelihatan beberapa pelajar membawa sepanduk dan kain rentang yang bertulis “KAMI MAHU SUSU COKLAT!”.

Ini adalah apa yang kami rasa. Kami mahu buat protes dan kembalikan susu coklat semula,” jelas salah seorang pelajar yang kecewa dengan ketiadaan susu coklat dalam menu.

Bagaimanapun, pihak atasan akhirnya mendengar luahan hati pelajar dan bersetuju untuk menjual susu coklat sehari dalam seminggu.

Kredit: Local12

BACA: Pedofilia Ganas Cho Doo-soon Bebas Lepas 12 Tahun, Rakyat Korea Selatan Protes Tak Puas Hati

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.