in

Pedofilia Ganas Cho Doo-soon Bebas Lepas 12 Tahun, Rakyat Korea Selatan Protes Tak Puas Hati

Cho Doo Soon Bebas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korea Selatan kecoh dengan berita pembebasan seorang perogol kanak-kanak berprofil tinggi bernama Cho Doo Soon.


Cho Doo Soon E1607835857328

Memetik The Straits , kira-kira 150 orang penunjuk perasaan berdiri di hadapan rumah Cho Doo Soon, 68, yang terletak di bandar Ansan, barat daya Seoul.

Cho Doo Son dilempar dengan kata-kata cacian dan makian serta dibaling dengan telur oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pembebasan lelaki itu setelah 12 tahun dipenjarakan.

Ramai yang menjerit supaya Cho Doo Soon patut dihukum mati dan dibuang dari Ansan.

Doo Soonnn E1607836336308

Buat korang yang tak tahu apa jenayah yang Choo Doo Soon ni dah buat, lelaki ini telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun pada 2008. Choo Do Soon dilaporkan telah merogol mangsanya dengan sangat kejam. Sampai telinga pun dia rogol. Gila!

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu berlaku pada 11 December 2008 ketika mangsa sedang berjalan ke sekolah. Kanak-kanak malang itu telah dibawa ke sebuah tandas berdekatan sebuah gereja sebelum dicekik dan dipukul sehingga tidak sedarkan diri.

Susulan daripada insiden kejam itu, mangsa yang kini sudah berusia 20 tahun mengalami kecederaan teruk di bahagian bawah badannya dan terpaksa memakai lampin kerana dia sudah tidak boleh mengawal pergerakan ususnya kerana organ mangsa cedera teruk kerana kejadian rogol itu.

Memang tak ada hati perut dia ni!

Hukuman terlalu ringan jika nak dibandingkan dengan trauma mangsa

Doo Soon E1607836462304

Meskipun kes berkenaan berlaku lebih 10 tahun yang lalu, warga Korea Selatan masih berang dan tidak dapat menerima keputusan mahkamah membebaskan pedofilia ganas itu di bandar sama di mana dia merogol mangsa.

Pihak pendakwa sebelum ini pernah mencuba untuk meminta Cho Doo Soon dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Namun begitu, mahkamah akhirnya memutuskan untuk memberikan Cho Doo Soon hukuman penjara 12 tahun.

Keputusan mahkamah ini dibantah keras orang ramai yang menganggap hukuman itu terlalu ringan buat seorang pesalah seksual di Korea Selatan. Ramai yang membantah kerana risaukan keselamatan kawasan kejiranan itu selain bimbang Cho Doo Soon akan pergi berjumpa mangsa dan keluarganya.

Walau bagaimanapun, aktivis di Korea Selatan enggan menyerah kalah. Difahamkan, mereka sudah menfailkan ribuan petisyen mendesak agar kerajaan menggubah semula undang-undang terhadap pesalah seksual negara itu.

Dikawal ketat oleh polis

Pedophile E1607836848744

Pihak polis dilaporkan akan sentiasa mengawasi Cho Doo Soon. Malah, pegawai mereka yang mahir dalam seni mempertahankan diri juga ditugaskan untuk memantau kawasan sekitar rumah lelaki berkenaan.

Turut dilaporkan, skurang-kurangnya 15 kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di sekitar kawasan kejiranan berkenaan dan lampu-lampu jalan juga dipasang dengan kecerahan tinggi.

Cho Doo Soon juga dikehendaki memakai peralatan eletronik GPS selama tujuh tahun bermula dari hari dia dibebaskan.

Memang tak tenang lah hidup dia kalau macam ni.

Sumber: The Straits Times

Baca: “Dia ni layak mati” – Ramai Tak Setuju Cho Doo Soon Si Pedofilia ‘Extreme’ Akan Dibebaskan Tahun Ini

Featured Image 4 E1607835247571

Sumber: AsiaOne
Sumber: Daily Naver
Sumber: Netizenbuzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.